Showing posts with label Ramadhan Specials. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Specials. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Hebatnya Dirimu Wahai Muslimah


Alangkah hebatnya dirimu wahai Muslimah,
Disaat manusia lain leka bergembira,
Kau berusaha memperkuatkan diri
memastikan momentummu pada Ramadhan yang lalu terus terpelihara,
Ketika manusia lain makan dan minum tanpa henti di Syawal ini,
Kau pujuk dirimu untuk mula berpuasa,
Kau berusaha menyempurnakan qadha puasamu
sebelum kau buru sunnah berpuasa 6 Syawal,
Walau ia bukanlah sesuatu yang mudah
Namun kau bulatkan tekad demi membuktikan cintamu kepadaNya.

Wednesday, August 7, 2013

Tatkala Ramadhan Berlalu Pergi....



Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"فَإِنَّ لِكُلِّ عَابِدٍ شِرَّةً وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةً فَإِمَّا إِلَى سُنَّةٍ وَإِمَّا إِلَى بِدْعَةٍ، فَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى سُنَّةٍ فَقَدْ اهْتَدَى، 
وَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى غَيْرِ ذَلِكَ فَقَدْ هَلَكَ"
 
"Setiap hamba itu mempunyai rasa semangat, dan setiap rasa semangat itu pasti ada masa lemahnya,  
dan masa lemah itu mengalihkan kepada sunnah atau kepada bid'ah. 
Barangsiapa yang ketika masa lemahnya dia balik kepada sunnah bererti dia telah mendapat petunjuk, 
dan barangsiapa yang masa lemahnya dipergunakan selain itu, bererti dia binasa."
 
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Musnad Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash Radliyallahu ta'ala 'anhuma: 6188)




Monday, July 29, 2013

Zakat Fitrah untuk Isteri yang Ditalak Raj’i

Pertanyaan:


Jika isteri ditalak satu oleh suaminya, apakah suami wajib membayarkan zakat fitrah isterinya tersebut?

P/s: Talak raj’i adalah talak yang dijatuhkan atas isteri yang telah disetubuhi, tanpa mengembalikan maharnya, dan tidak ada talak yang mendahului sebelumnya atau telah ada talak satu yang mendahului talak raj’i ini.

Saturday, July 27, 2013

Women I'tikaf at Mosques @ at Homes?




Definisi I’tikaf:

Dari segi bahasa:
I’tikaf bermakna :berdiam di suatu tempat untuk melakukan sesuatu pekerjaan; yang baik mahupun yang buruk dan tetap dalam keadaan demikian.

Dari segi istilah:
I’tikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang dilakukan oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu (Lihat Fathul Bari 4: 344)


Dalil-Dalil Pensyariatan I’tikaf:

Dalil al-Quran:
﴿وَلاَ تُـبَاشِرُوْهُنَّ وَأَنْـتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ﴾

“Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam masjid” (Al-Baqarah:187)

Thursday, July 25, 2013

Ramadhan High-Way Code!




Syaikh Shalih al-Fauzan pernah ditanya: “Apakah hal-hal yang dapat mendorong wanita untuk mencapai ketaatan kepada Allah selama bulan Ramadhan?”
Asy-Syaikh menjawab: “Hal-hal yang mendorong seorang Muslim, baik lelaki mahupun wanita untuk melakukan ketaatan kepada Allah di bulan Ramadhan adalah: 

Wednesday, July 24, 2013

Tertelan Hingus ketika Berpuasa??



Pertanyaan:

Apakah hukum menelan lendir selsema atau hingus semasa berpuasa? Saya musyil tentang ini kerana jika seseorang itu dalam keadaan selsema di mana banyak lendir-lendir dari rongga turun ke tekak maka batalkah puasa saya? Ini adalah kerana saya ada membaca yang mengatakan ia batal, tetapi lendiran ini dari dalam, bukan dari mulut.

Monday, July 22, 2013

Jika Bukan Untuk-Mu, Untuk Siapa?


Acapkali kita mendengar keluhan sebahagian muslimah yang dirundung kesedihan ketika dirinya didatangi haidh.
Katanya beruntunglah para lelaki yang dapat beribadah di sepanjang malam di bulan Ramadhan ini.
Masakan tidak, si lelaki tidak mempunyai uzur yang mengharamkan mereka daripada beribadah, bersolat membaca al-Quran dan lain-lain.
Sedangkan bagi si wanita, datang sahaja haidh, maka berehatlah mereka daripada beribadah.

Dari satu segi ia menampakkan satu kecintaan untuk mendekatkan diri kepada Allah, akan tetapi dari satu segi ia seolah menunjukkan ada sedikit kerapuhan di dalam aqidah. 
Seolah-olah wujud keraguan kepada keadilan Allah.
Dari mana puncanya? Aku melihat bahawa ini berlaku apabila skop ibadah disempitkan. 
Skop mendekatkan diri kepada Allah dibataskan kepada solat sahaja.

Sunday, July 21, 2013

THE MAN WHO ENTERED JANNAH FIRST!


"Tips Berpuasa untuk Anak-anak"





Bagi anak-anak (yang belum baligh) tidak diperintahkan untuk berpuasa. Namun demikian orang tua sangat dianjurkan untuk mendorong anak-anak untuk mencoba berpuasa semampunya agar mereka terbiasa melakukannya ketika mereka tumbuh dewasa, dan mengetahui bahwa ibadah puasa Ramadhan merupakan salah satu kewajiban yang diperintahkan langsung Allah ta'ala melalui firman-Nya:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (Q.S Al Baqarah, 2:183)

Sementara itu, salah satu hadits yang mendukung agar anak-anak diajarkan untuk puasa Ramadhan diantaranya:

Thursday, July 18, 2013

Keputusan “Seminar Fekah Perubatan"; Bahan yang Membatalkan Puasa



Keputusan “Seminar Fekah Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.


Menurut Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum, dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.
Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

Wednesday, July 17, 2013

Meninggal dunia ketika Ramadhan akan terlepas dari seksa kubur?

Persoalan:

Adakah benar seseorang yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan akan terlepas dari seksaan dalam alam kubur?

Jawapan:

Tidak benar. 
Azab kubur tidak ada kaitan bila orang itu meninggal dunia. Exemption dari azab kubur hanyalah berkaitan dgn amalan seseorang itu. Sekiranya baik amalan seseorang itu, maka terlepaslah dia dari azab kubur tak kira samada ia meninggal dunia di bulan ramadhan atau di bulan-bulan lain.

Friday, July 12, 2013

Tokok Tambah Dalam Ibadah Puasa!




(1) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa
Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:
1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.
2. Menelan air liur membatalkan puasa.
3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.
4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.
5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.
Semua di atas dan pelbagai lagi yang seumpama adalah hukum yang ditokok tambah ke dalam ibadah puasa sehingga benar-benar memberatkan umat Islam. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis:( Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108)

Thursday, July 11, 2013

TAWARAN “HEBAT” BAGI MEREKA YANG BERPUASA



Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya :

1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :
Allah berfirman :
﴿وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35]
Allah berfirman:
﴿وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : ” Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ” [Al-Baqarah : 184]

Wednesday, July 10, 2013

Puasa: Romantika Cinta Hamba Dan Tuhan: Rahsia Mereka Berdua



Maksud puasa itu milik AKU (Allah):

Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata:
إن الصيام سر بين العبد و ربه لا يطلع عليه غيره لأنه مركب من نية باطنة لا يطلع عليها إلا الله و ترك لتناول الشهوات التي يستخفي بتناولها في العادة …….
Puasa itu adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya. Tiada seorang pun tahu yang dia berpuasa atau tidak kerana ia bergantung kepada niat hatinya. Tiada yang mengetahui kecuali Allah. Seorang hamba itu (apabila berpuasa) dia meninggalkan kehendak nafsu syahwatnya yang mana kebiasaannya dia secara sembunyi-sembunyi melakukannya.

 فإن من ترك ما تدعوه نفسه إليه لله عز و جل حيث لا يطلع عليه غير من أمره و نهاه دل على صحة إيمانه و الله تعالى يحب من عباده أن يعاملوه سرا بينهم و بينه 
Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan kehendak nafsunya kerana Allah, bukan kerana yang lain melainkan kerana suruhan dan larangan Allah. Ia menunjukkan betapa murninya keimanan dia dan Allah cinta kepada hamba-hambaNya yang bergaul denganNya secara rahsia antara mereka dan Allah.

و أهل محبته يحبون أن يعاملوه سرا بينهم و بينه بحيث لا يطلع على معاملتهم إياه سواه حتى كان بعضهم يود لو تمكن من عبادة لا تشعر بها الملائكة الحفظة 
Orang yang mencintai Allah suka agar hubungan cintanya berlaku secara rahsia antara mereka dengan yang mana tiada seorang pun yang mengetahui tentang hubungan mereka.  Sehingga sebahagian mereka suka jika ibadah mereka tidak diketahui oleh malaikat yang mencatat amalan.

[Lathoif al-Maarif]

RAMADHAN: WHY FAST?