HUKUM BERKAHWIN DENGAN PENZINA
“Lelaki zina tidak boleh menikah kecuali
dengan penzina perempuan atau dengan perempuan musyrik, dan perempuan zina tidak
boleh menikah kecuali dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik, dan yang
demikian itu diharamkan bagi orang-orang mu’min” (an-Nur :
3)
Adakah sah perkahwinan dengan penzina?
Berdasarkan ayat 3 di dalam Surah
an-Nur, ulama salaf telah berselisih pendapat dalam hal ini kepada dua
pendapat:
- Diharamkan menikahi penzina, ia diriwayatkan daripada 'Ali, Al-Bara', 'Aisyah dan Ibn Mas'ud radhiallahu 'anhum ajma'in.
- Dibenarkan menikahi penzina. Ini diriwayatkan daripada Abu Bakar, 'Umar, Ibn 'Abbas, dan ini merupakan pendapat majoriti ulama'. Inilah jua pendapat ulama' mujtahid empat mazhab.
·
Dalil pendapat pertama:
1. Mereka mengharamkan pernikahan dengan penzina berdasarkan zahir
ayat
﴿الزاني
لاَ يَنكِحُ إِلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً﴾. Mereka menerangkan: Sesungguhnya ayat
ini pada zahir merupakan ayat keterangan dan pada hakikatnya ia menunjukkan
larangan dan pengharaman (menikahi penzina) berdasarkan dalil pada penghujung
ayat tersebut:
﴿ وَحُرِّمَ ذٰلِكَ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ﴾ “Hal ini diharamkan ke atas orang mukminin”.
﴿ وَحُرِّمَ ذٰلِكَ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ﴾ “Hal ini diharamkan ke atas orang mukminin”.
2. Diriwayatkan 'Ali radhiallahu 'anhu berkata: Apabila seorang suami
berzina, maka dia hendaklah dipisahkan daripada isterinya, dan apabila seorang
isteri berzina, dia hendaklah dipisahkan daripada suaminya. Mereka jua menggunakan
hadis Marsad sebagai dalil.
Imam Ibn
Kathir membawakan pendapat Imam Ahmad bin Hanbal:
Daripada
ayat ini, Imam Ahmad berpendapat bahawa tidak sah pernikahan seorang lelaki
yang baik dengan perempuan zina selagi mana perempuan itu terus dengan sifat
kejinya melainkan apabila dia telah bertaubat. Seandainya dia telah bertaubat,
maka sah menikahinya, jika dia belum bertaubat, tidak sah menikahinya. Begitu
juga, tidak sah pernikahan seorang wanita yang baik dengan lelaki penzina
sehinggalah lelaki itu bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Ini berdasarkan
firman Allah:” Diharamkan hal ini kepada orang beriman”.
·
Dalil pendapat kedua (majoriti ulama'):
1. Dihikayatkan daripada
'Aisyah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ditanya
tentang seorang lelaki yang telah berzina dan mahu menikahi perempuan yang
telah dia zinai. Diriwayatkan baginda sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Awalnya adalah penzinaan, dan akhinya adalah pernikahan. Sesuatu yang haram
tidak akan mengharamkan sesuatu yang halal.
[Takhrij
al-Kasyaf : 2/419,pada
sanadnya terdapat perawi bernama Uthman bin Abdul Rahman. Ibn Hibban berkata
dia meriwayatkan riwayat palsu daripada perawi thiqah. Tidak boleh berhujah
dengannya]
2. Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas radhiallahu 'anhuma, beliau
ditanya tentang hal tersebut lalu beliau menjawab: Awalnya ialah zina, dan
akhirnya ialah nikah.
[Imam
al-Baihaqi dalam as-Sunan as-Saghir, Kitab an-Nikah: 1103]
Di dalam kitab-kitab tafsir dinukilkan
pelbagai pendapat ulama’ dalam memahami ayat 3 dari Surah An-Nur ini. Secara
ringkasnya, ia boleh dibahagikan kepada tiga pendapat yang besar iaitu:
·
Pendapat pertama: Yang
dimaksudkan “Tidak bernikah” dalam ayat di atas ialah seorang lelaki yang terus
menerus berzina tiada kecenderungan untuk menikahi perempuan muslimah yang
solehah, sebaliknya dia lebih tertarik kepada perempuan fasiq yang keji
atau perempuan musyrik. Begitu juga, kebiasaannya, perempuan yang fasiq lagi
keji tidak tertarik untuk menikahi lelaki yang soleh dan beriman, sebaliknya
dia lebih tertarik untuk menikahi yang sepertinya jua ialah lelaki jahat dan
musyrikin. Inilah yang biasa berlaku.
·
Pendapat kedua: Yang
dimaksudkan “Tidak bernikah” dalam ayat di atas ialah tidak melakukan
persetubuhan haram.
Ia
bermaksud seorang lelaki penzina tidak akan berzina melainkan dengan perempuan
penzina atau pun perempuan musyrik. Ini merupakan pendapat yang dipegang oleh
‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma dan anak-anak muridnya.
·
Pendapat ketiga: Yang
dimaksudkan “Tidak bernikah” dalam ayat di atas bermaksud tidak berkahwin.
Antara
ulama yang berpegang pada pendapat ini ialah Imam al-Qurthubi dan az-Zujaj.
Imam al-Qurthubi membawakan perkataan az-Zujaj yang membantah pendapat kedua.
Az-Zujaj berkata:
لا يعرف النكاح في كتاب الله
تعالى إلا بمعنى التزويج.
“Tidaklah
diketahui maksud perkataan nikah dalam kitab Allah melainkan ia bermaksud
perkahwinan.”
Dalil:
Terdapat
beberapa riwayat yang menyokong pendapat ketiga:
1. Riwayat pertama:.
‘Amru
bin Syuaib meriwayatkan daripada ayahnya, daripada Marsad bin Abu Marsad
al-Ghanawi. Marsad merupakan seorang lelaki yang gagah perkasa. Dia sering
membawa banduan pergi dari Mekah ke Madinah. Satu hari, aku mahu membawa
seorang lelaki pergi. Ketika itu di Mekah terdapat seorang pelacur bernama
‘Anaq’. Pelacur tersebut merupakan kawan kepada Marsad. Pelacur itu keluar dan
melihat ada bayang-bayang pada dinding. Pelacur itu berkata: Siapa ini? Adakah
ini Marsad. Selamat datang wahai Marsad. Wahai Marsad, datanglah dan tidur di
tempat kami malam ini. Marsad menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan
zina. Pelacur itu pun berkata: Wahai penghuni khemah! Inilah orang yang membawa
lari banduan kamu dari Mekah ke Madinah. Aku pun terus melarikan diri ke bukit
Khandamah. Lapan orang lelaki berusaha memburu aku. Mereka pun tiba (di tempat
aku bersembunyi) sehingga mereka berdiri betul-betul di atas tempat aku
bersembunyi. Mereka kencing sehingga air kencing itu terkena pada aku. Akan
tetapi Allah telah membuatkan mereka tidak dapat melihat aku. Aku pun pergi
kepada sahabat aku (iaitu banduan tersebut) dan membawanya ke (Madinah).
Apabila aku tiba di Al-Arak, aku pun membuka rantai yang mengikatnya. Aku pergi
menemui Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: Ya Rasulullah,
bolehkah aku menikahi ‘Anaq? Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mendiamkan
diri, lalu turunlah ayat: ((Perempuan zina tidaklah ada yang menikahinya
kecuali lelaki penzina atau lelaki musyrik)) (an-Nur : 3)
[Riwayat
Imam an-Nasaie dalam al-Sunan al-Kubra, Kitab an-Nikah, Bab Pengharaman
Menikahi penzina : 5156. Shaikh al-Albani menyatakan isnadnya hasan, lihat
Sahih an-Nasai'e]
2. Riwayat kedua:
'Abdullah
bin 'Amru meriwayatkan bahawa seorang lelaki daripada kaum Muslimin telah meminta
keizinan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk menikahi seorang
perempuan bernama 'Ummu Mahzul'. Perempuan tersebut merupakan seorang perempuan
zina, dan perempuan itu memberikan syarat agar dia diberikan nafkah. Lelaki itu
pun memohon keizinan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ataupun
menceritakan hal itu kepada baginda sallallahu 'alaihi wasallam? Lalu
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pun membacakan ayat : Perempuan zina
tidaklah ada yang menikahinya kecuali lelaki penzina atau lelaki musyrik
(an-Nur : 3)
[Musnad
Ahmad, Musnad 'Abdullah bin 'Amru: 6300. Ulama' hadis berbeza pendapat tentang
status hadis ini. Shaikh Ahmad Syakir menyatakan: Isnadnya dhaif]
Sebahagian
ulama' pula menyatakan ayat ini telah dimansukhkan oleh ayat surah an-Nur ayat
32. Ini merupakan pendapat Sa'id bin al-Musayyib rahimahullah.
Bagi
mereka yang mahu menikahi seseorang yang
pernah berzina dengan niat untuk membimbing mereka kembali ke jalan yang lurus..
1) Sebaiknya, hendaklah dipastikan
pelaku zina tersebut benar-benar bertaubat, barulah dinikahinya.
2) Jika tidak seeloknya tidak
dilakukan. Jalan dakwah sangat luas, jangan ditempuh jalan yang berisiko kepada
diri kita dan keluarga kita. Mahukah kita melihat anak-anak kita dididik oleh
ibu atau ayah yang terus melakukan kegiatan penzinaan itu? Ia akan memberikan
impak yang sangat negatif khususnya kepada anak-anak.
Bagi
pasangan yang bernikah, lalu mendapati bahawa sebenarnya pasangan mereka di
masa lampau pernah berzina..
·
Maka lihatlah siapa dia sekarang, dan
bukan siapa dia di masa yang lalu. Kita menikahinya kerana kesolehannya,
kebaikan agamanya sekarang, dan bukan kerana kisah-kisah yang lalu. Apa yang
penting ialah siapa dia pada masa kini, sejarah hitamnya hendaklah dilupai.
Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan.
·
Majlis Fatwa dibawah seliaan Dr.
Abdullah Faqeh menyatakan:
Adalah
haram menyebarkan khabar angin bahawa seorang perempuan itu pernah berzina. Ini
kerana seorang Muslimah dikira suci melainkan terdapat bukti menunjukkan
sebaliknya. Bahkan, jika terbukti dia pernah berzina, anda hendaklah menutup
keaibannya.
·
Seandainya dia mengaku pernah berzina,
atau terdapat bukti-bukti yang kukuh dia pernah berzina, dan dia tidak
memaklumkan hal itu kepada anda sebelum perkahwinan. Maka anda berhak memilih
antara dua pilihan di bawah:
1. Menjaganya dengan elok, menasihatinya untuk bertaubat dan
hendaklah menutup aibnya. Ini adalah pilihan yang lebih baik seandainya anda
berharap untuk meneruskan kehidupan yang bahagia dengannya, dan melupakan semua
yang telah berlaku. Apatah lagi jika anda yakin dia akan berubah menjadi lebih
baik.
2. Berpisah dengan cara yang elok. Pilihan kedua ini lebih baik jika
anda berasa bahawa anda akan asyik terfikir kisah-kisah lampaunya, ataupun jika
anda melihat tiada harapan untuk dia bertaubat.
Jika
seseorang pernah berzina di masa lalu, dan dia telah bertaubat. Perlukah dia
memberitahu hal itu kepada calon suami atau isterinya?
Tidak perlu, sebaliknya dia hendaklah
bertaubat, dan menutup keaibannya. Ini berdasarkan dalil di bawah:
Abu Hurairah radhiallahu 'anhu
berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Setiap
umat ku akan dimaafkan kecuali golongan yang menyebarkan (tentang dosa-dosa
yang mereka lakukan). Sesungguhnya
antara perbuatan al-Mujaharah ialah seseorang melakukan dosa di waktu malam,
dan Allah telah menutup dosanya (daripada diketahui orang lain), lalu orang
tadi di waktu pagi berkata: Ya Fulan! Aku telah melakukan itu dan ini semalam.
Sesungguhnya dia telah tidur dalam keadaan Tuhannya menutupkan dosanya itu,
tetapi dia bangun pada waktu pagi lalu membuka apa yang telah Allah tutupkan. [Sahih
al-Bukhari : 5721 dan Muslim : 2990]
(Fatwa terperinci di sini: http://islamqa.info/en/ref/42992 dan di sini http://islamqa.com/en/ref/127587)
Rujukan:
Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, Imam
al-Qurtubi, www.altafsir.com
Tafsir al-Quran al-Azhim, Imam Ibn
Kathir, www.altafsir.com
Rawai' al-Bayan, Shaikh Muhammad bin
Ali al-Sobuni, http://www.almeshkat.net
Fatwa Centre, www.islamweb.net
Islam: Sual wa Jawab, www.islamqa.com
No comments:
Post a Comment