﴿ وَأَنْكِحُوا
الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ
يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
(32) ﴾
Dan kahwinkanlah orang-orang yang
sendirian di kalangan kamu, dan orang-orang yang layak [berkahwin] daripada
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika
mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha
luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui. (32)
﴿ وَلْيَسْتَعْفِفِ
الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ
وَالَّذِينَ يَبْتَغُونَ الْكِتَابَ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ فَكَاتِبُوهُمْ
إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْرًا وَآتُوهُمْ مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ
وَلَا تُكْرِهُوا فَتَيَاتِكُمْ عَلَى الْبِغَاءِ إِنْ أَرَدْنَ تَحَصُّنًا
لِتَبْتَغُوا عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَنْ يُكْرِهْهُنَّ فَإِنَّ اللَّهَ
مِنْ بَعْدِ إِكْرَاهِهِنَّ غَفُورٌ رَحِيمٌ (33 (﴾
Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin
hendaklah menjaga kesucian [diri]nya, sehingga Allah mengkayakan mereka dengan
kurniaanNya. Dan hamba-hamba yang kamu miliki yang mahukan perjanjian (agar
mereka dibebaskan), hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu
mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian
daripada harta Allah yang dikurniakan-Nya kepadamu. Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba
wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri mahukan kesucian, kerana
kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barangsiapa yang memaksa mereka,
maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [kepada
mereka] sesudah mereka dipaksa [itu] . (33) [an-Nur 24 : 32-33]
Gesaan Untuk
Berkahwin
Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah berkata dalam Tafsir
al-Quran al-Azhim: