Sunday, December 22, 2013

Hinakah Wanita Haidh di sisi Islam??


﴿وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haid itu adalah kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. [Surah Al-Baqarah: 222]






Cara untuk sentiasa mengekalkan high-level spiritual walaupun dalam keadaan haid :

  1. Mengambil peluang beberapa hari yang ada itu untuk membaca al-Quran dengan kefahaman dan merenungi ayat-ayat Allah serta muhasabah diri. Saya kira kebanyakan daripada kita jarang sekali membaca al-Quran dengan tadabbur.

Friday, December 6, 2013

Di manakah Dirimu Wahai Muslimah

"Wahai saudari Muslimahku, dalam hidup ini,
untuk berjuang atas nama agama,
tidak semudah diucapkan di hujung bibir
dan untuk menegakkan manhaj yang benar
bukan semudah melagukan nyanyian di telinga manusia.

Namun, kesusahan dan kepayahan ini tidak bermakna kita perlu meninggalkan dakwah. 
Kita terlalu banyak mengadu dan merintih
tentang itu yang tidak dipuashati
tentang ini yang tidak disukai

Jangan hanya sibuk dengan memikirkan tentang kekasih hati
Jangan hanya sibuk dengan mengimpikan pakaian dan aksesori
Jangan hanya sibuk dengan artis di kaca TV
Jangan hanya sibuk dengan meluah perasaan di FB
Mana al-Quran dan mana kitab hadismu?
Mana kitab dan bahan bacaan mu?

Thursday, December 5, 2013

Tertipu Dek Fatamorgana...



وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّى إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (39) أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ (40)

Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi apabila dia pergi ke arah air itu dia tidak menemui apa-apa pun. Dan dia mendapati [ketetapan] Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya (39)

Atau seperti kegelapan di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak [pula], di atasnya [lagi] awan; kegelapan di atas kegelapan, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, [dan] barangsiapa yang tiada diberi cahaya [petunjuk] oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (40) [al-Nur 39 : 40]

Al-Imam Ibn Kathir berkata dalam Tafsir al-Quran al-Azhim:

Analogi 1: Tertipu Dengan Fatamorgana
Analogi pertama daripada dua analogi yang disebutkan menyatakan: Golongan kuffar merupakan pendakwah kepada kekufuran mereka. Mereka menyangka bahawa mereka benar di dalam amalan dan kepercayaan mereka. Hakikatnya mereka tidak berada di atas kebenaran sedikit pun. Mereka itu umpama fatamorgana yang dilihat di muka bumi dari jarak yang jauh, kelihatan umpama lautan…[1]