Terletaknya surah an-Nur dalam al-Quran pada
muka surat yang ke 350-359, dari 604 muka surat dalam resm al-'Uthmany. Surah
an-Nur merupakan surah yang terletak tengah muka surat, dan surah yang ke-24
dari 114 surah.
Muka
surat 350
Mari kita lihat surah an-Nur pada muka surat 350 (sila
ambil al-Quran dan buka, al-Quran resm 'Uthmany); pada muka surat ini Allah
memberitahu tentang hukum zina.
Ayat 1:
- Di awal ayat Allah subhanahu wa ta'ala telah menggunakan kalimat (سُورَة).
- سُورَةٌ : adalah sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai pendahuluan dan penutup. Kalimat ini digunakan sebagai satu gesaan untuk memahami keseluruhan surah ini.
- Kenapa Allah meletakkan kalimah سُورَةٌ di awal surah an-Nur? kerana untuk menunjukkan ketinggian surah ini, maka Allah memberi nama atau perumpamaan dengan kalimat "سُورَةٌ" di awal ayat pertama.
- Surah an-Nur merupakan sebagai pelindung kepada individu, keluarga dan masyarakat daripada perkara-perkara yang merosakkan (maksiat).