Pertanyaan:
Disebutkan bahawa kaum lelaki akan memperolehi bidadari di jannah
(syurga), lalu bagi kaum wanitanya?
Jawapan:
Pertama : Jika para wanita dunia beriman dan beramal soleh maka mereka
juga akan mendapatkan kenikmatan para bidadara sebagaimana ditunjukkan oleh
keumuman ayat-ayat yang menegaskan bahawasanya
bagi para penduduk syurga segala apa yang mereka inginkan dan hasratkan. Allah
Tabaraka wa Ta’ala berfirman mengenai nikmat yang diperolehi penghuni syurga,
﴿وَلَكُمْ فِيهَا مَا
تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ. نُزُلاً مِّنْ غَفُورٍ
رَّحِيمٍ﴾
“Di dalamnya kamu memperolehi segala sesuatu yang kamu inginkan dan
kamu pun memperolehi segala sesuatu yang kamu cinta. Sebagai hidangan (bagimu)
daripada (Rabb) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Fushshilat: 31–32)
﴿وَفِيهَا مَا
تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ﴾
“Di dalam jannah itu terdapat segala apa yang diinginkan oleh hati
dan sedap (dipandang) mata, dan kamu kekal di dalamnya.”(Qs. az-Zukhruf: 71)
Sudah maklum juga bahawa “zuwaj” (pasangan hidup) merupakan hal
yang diinginkan oleh hati dan ini akan diperolehi oleh ahli syurga, baik yang
lelaki mahupun wanita. Dan kenikmatan syurga bukanlah diciptakan
dan disediakan oleh Allah hanya untuk para lelaki saja akan tetapi kepada
seluruh orang-orang yang bertakwa baik dari kalangan lelaki maupun wanita.
Allah berfirman:
﴿وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى
وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ﴾
Barangsiapa yang mengerjakan
amal-amal saleh, baik lelaki maupun wanita sedangkan dia orang yang beriman,
maka mereka itu masuk ke dalam syurga.(QS An-Nisaa :124)
﴿وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ
فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ﴾
Dan Barangsiapa mengerjakan amal
yang saleh baik lelaki maupun perempuan sedang ia dalam Keadaan beriman, Maka
mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezki di dalamnya tanpa hisab. (QS
Ghoofir : 40)
Siapakah Bidadara Syurga?
Yang dimaksudkan dengan bidadara
adalah daripada kalangan lelaki dunia yang masuk syurga (lihat Majmu' Fatawa
Syaikh al-'Utsaimin 2/53).
Sudah tentunya seorang lelaki yang
masuk syurga akan diubah tubuh dan parasnya oleh Allah menjadi tampan dan elok
sebagai bidadara (sebagaimana akan datang penjelasannya di bawah)
Kedua : Para ulama menjelaskan
bahawa ada beberapa sebab kenapa sama sekali tidak disebutkan tentang bidadara
bagi para wanita,
di antaranya:
· Kerana
para wanita asalnya merekalah yang dicari dan dikejar-kejar, bukan sebaliknya.
(lihat Majmu' Fatawaa Syaikh al-'Utsaimin 2/53) Jadi merupakan perkara yang
kurang enak jika ditunjukkan bahawasanya para wanita mengejar-ngejar para
bidadara.
· Dalam
dalil-dalil disebutkan tentang keindahan tubuh para bidadari dengan agak
terperinci, tentunya hal ini sangatlah kurang sesuai jika disebutkan
tentang keindahan tubuh para bidadara
dihadapan para wanita. Ini kerana asalnya para wanita memiliki sifat malu yang
sangat tinggi… malu untuk membaca atau mendengar, apalagi membicarakan
keindahan tubuh para bidadara
Ketiga: Yang perlu diingat bahawasanya
kenikmatan di syurga sangatlah banyak dan tidak dapat dibayangkan. Kenikmatan di syurga bukanlah
hanya kenikmatan jimak saja, akan tetapi masih terlalu banyak kenikmatan yang
lain yang banyak dan bervariasi.
Keempat: Wanita beriman yang memasuki syurga lebih cantik daripada para bidadari.
Keempat: Wanita beriman yang memasuki syurga lebih cantik daripada para bidadari.
Para ulama juga menyebutkan bahawasanya
para wanita dunia jika beriman dan beramal soleh hingga masuk syurga maka
mereka akan lebih mulia dan lebih cantik daripada para bidadari syurga.
Ini kerana para wanita dunia telah
menjalankan kewajipan-kewajipan yang Allah wajibkan kepada mereka, mereka
menjalankan perintah Allah dan menjauhi laranganNya dengan penuh kesabaran
tatkala di dunia. Hal ini berbeza dengan para bidadari syurga yang langsung
diciptakan dewasa dan tanpa pembebanan tugas daripada Allah, mereka diciptakan
untuk disediakan bagi para lelaki penghuni syurga. Ada beberapa hadis Nabi
shallallahu 'alaihi wa sallam yang menunjukkan akan hal ini akan tetapi hadis-hadis
tersebut lemah. Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah radhiallahu
'anhaa bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda
بَلْ نِسَاءُ الدُّنْيَا
أَفْضَلُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ
"Bahkan wanita dunia lebih afdhal
dari pada para bidadari" (HR At-Thabrani dalam Al-Mu'jam Al-Kabiir no 780.
Hadis ini dilemahkan oleh Al-Haitsami dalam Majma' Az-Zawaaid 7/255 dan juga
Syaikh Al-Albani dalam Dho'if 2230).
Kelima: Allah akan mencantikkan wajah para wanita dunia yang memasuki syurga.
Para wanita dunia janganlah
menyangka jika mereka masuk ke dalam syurga lantas wajah mereka tidak berubah.
Allah akan mencantikkan wajah-wajah mereka dengan secantik-cantiknya
sebagaimana telah dijelaskan dalam hadis-hadis yang sahih bahawasanya tubuh
para penghuni syurga dimodifikasi oleh Allah sehingga menjadi lebih besar dan
lebih tampan dan cantik. (Lihat penjelasan tentang jasad tatkala kebangkitan
merupakan modifikasi daripada jasad yang ada di dunia di Majmuu Fataawa Ibni
Taimiyyah 17/252 dan Syarh al-'Aqidah at-Thohawiyah li Ibni Abi al-'Iz
al-Hanafi hal 277).
Tubuh dan rupa para penghuni syurga
menjadi muda dan besar serta tingginya 60 hasta, selain itu juga tubuh mereka
bersih tidak ada kotorannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
فَكُلُّ مَنْ يَدْخُلُ
الْجَنَّةَ عَلَى صُوْرَةِ آدَمَ
"Semua yang masuk syurga
seperti bentuknya Nabi Adam" (HR Al-Bukhari no 3326)
Dalam hadis yang lain
Dalam hadis yang lain
إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ
يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ عَلَى صُوْرَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ثُمَّ
الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ عَلَى أَشَدِّ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ فِي السَّمَاءِ
إِضَاءَةً لاَ يَبُوْلُوْنَ وَلاَ يَتَغَوَّطُوْنَ وَلاَ يَتْفُلُوْنَ وَلاَ
يَمْتَخِطُوْنَ ... وَأَزْوَاجُهُمْ الْحُوْرُ الْعِيْنُ عَلَى خُلُقِ رَجُلٍ
وَاحِدٍ عَلَى صُوْرَةِ أَبِيْهِمْ آدَمَ سِتُّوْنَ ذِرَاعًا فِي السَّمَاءِ
"Sesungguhnya rombangan
pertama yang masuk syurga seperti rembulan yang bersinar di malam purnama,
kemudian rombongan berikutnya seperti bintang yang paling terang di langit,
mereka tidak buang air kecil, tidak buang air besar, tidak membuang ludah,
tidak beringus….isteri-isteri mereka adalah para bidadari, mereka semua dalam
satu perangai, rupa mereka semua seperti rupa ayah mereka Nabi Adam, yang
tingginya 60 hasta menjulang ke langit" (HR Al-Bukhari 3327)
Keenam: Penghuni syurga tidak memiliki
rasa cemburu dan dengki.
Meskipun dalam syurga seorang
lelaki boleh saja memiliki banyak bidadari, bahkan boleh jadi memiliki banyak isteri
yang dahulunya adalah isteri-isterinya di dunia. Akan tetapi sama sekali tidak
akan ada dalam hati-hati mereka rasa dengki dan rasa cemburu. Allah telah
berfirman;
﴿وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الأنْهَارُ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ﴾
Dan Kami cabut segala macam dendam
yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan
mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki Kami kepada (syurga)
ini. dan Kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak
memberi Kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan Kami,
membawa kebenaran." dan diserukan kepada mereka: "ltulah syurga yang
diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan." (QS
Al-A'roof : 43)
﴿وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَى
سُرُرٍ مُتَقَابِلِين﴾
Dan Kami lenyapkan segala rasa
dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk
berhadap-hadapan di atas pelamin. (QS al-Hijr: 47)
Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
وَلِكُلِّ وَاحِدٍ
مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ يُرَى مُخُ سَاقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ مِنَ
الْحَسَنِ لاَ اخْتِلاَفَ بَيْنَهُمْ وَلاَ تَبَاغُضَ قُلُوْبُهُمْ قَلْبٌ وَاحِدٌ
يُسَبِّحُوْنَ اللهَ بُكْرَةً وَعَشِيًّا
"Bagi setiap penghuni syurga
dua orang isteri, terlihat sum-sum betisnya dari belakang dagingnya kerana
indahnya, tidak ada perselisihan diantara mereka serta tidak ada permusuhan.
Hati-hati mereka hati yang satu, mereka bertasbih kepada Allah pagi dan
petang" (HR Muslim no 2834)
Oleh kerananya jelas bahawa yang
berlaku di dunia tidak sama dengan yang berlaku di akhirat. Jika di dunia
poligami menimbulkan kesedihan dan kecemburuan sertap permusuhan maka tidaklah
demikian tatkala di akhirat. seseorang yang masuk syurga tidak akan sedih dan
khuatir.
Ketujuh: Keadaan wanita.
Seorang wanita tidak keluar dari
salah satu dari keadaan-keadaan berikut ini:
Pertama: Dia meninggal sebelum menikah.
Pertama: Dia meninggal sebelum menikah.
Maka wanita ini boleh jadi
dinikahkan dengan lelaki dunia yang masuk syurga yang akan menyenangkan hatinya
(lihat Majmu Fatawa Syaikh al-'Utsaimin 2/53). Rasulullah shallallahu 'alaihi
wa sallam bersabda :
وَمَا فِي الْجَنَّةِ
أَعْزَبُ
"Tidak ada seorang yang
membujang pun di syurga" (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah
no 1736 dan 2006)
Kedua: Dia meninggal setelah bercerai
dan belum sempat menikah lagi.
Maka keadaan wanita ini sama dengan
keadaan wanita pertama
Ketiga: Dia meninggal dalam keadaan bersuami, akan tetapi suaminya tidak masuk syurga bersamanya.
Keadaan wanita ini juga sama dengan
keadaan wanita yang pertama dan yang kedua. Syaikh al-'Utsaimin rahimahullah
berkata, "Seorang wanita jika masuk syurga dan belum menikah atau suaminya
tidak masuk syurga, maka jika wanita ini masuk syurga maka akan ada para lelaki
dunia yang masuk syurga yang belum menikah, maka bagi para lelaki tersebut para
isteri dari bidadari dan juga dari para wanita dunia –tentunya jika para lelaki
tersebut berminat-" (Majmu' Fatawa Syaikh al-'Utsaimin 2/52).
Yang penting bahawasanya para wanita yang masuk syurga pasti bersuami.
Keempat: Dia meninggal setelah menikah
dengan suaminya.
Kaum wanita dipasangkan oleh Allah
di dalam jannah dengan suaminya yang dahulu dalam hidupnya di dunia. Allah
Ta’ala berfirman:
﴿رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ
جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدتَّهُم وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ
وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾
“Wahai Rabb kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang
telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang soleh antara bapa-bapa
mereka, dan isteri-isteri mereka. Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.” (Qs. Ghafir: 8)
(Rujukan: Soal-Jawab Masalah Iman dan Tauhid, Syekh
Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Pustaka at-Tibyan, 2002.)
Kelima: Suaminya lebih dahulu meninggal
dan setelah itu perempuan tersebut tidak menikah lagi hingga meninggal dunia.
Maka wanita ini juga keadaannya
sama dengan wanita yang keempat, dia akan menjadi isteri suaminya.
Keenam: Setelah suaminya meninggal dia
pun menikah lagi dengan lelaki lain (meskipun menikah
berkali-kali)
Maka dia akan menjadi isteri dari
suaminya yang terakhir. Tatkala Mu'awiyah radhiallahu 'anhu melamar Ummu
Dardaa' maka Ummu Dardaa'pun menolak lamarannya dan berkata, "Aku
mendengar Abu Darda' (suaminya yang telah meninggal-pen) berkata, Aku mendengar
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
الْمَرْأَةُ لِآخِرِ
أَزْوَاجِهَا
"Seorang wanita bagi suaminya
yang terakhir". Dan aku tidak ingin pengganti bagi Abu Dardaa'" (Disahihkan
oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 1281).
Hudzaifah radhiallahu 'anhu juga pernah berkata kepada isterinya:
إِنْ شِئْتِ أَنْ
تَكُوْنِي زَوْجَتِي فِي الْجَنَّةِ فَلاَ تَزَوَّجِي بَعْدِي فَإِنَّ الْمَرْأَةَ
فِي الْجَنَّةِ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا فِي الدُّنْيَا فَلِذَلِكَ حَرَّمَ اللهُ
عَلَى أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَنْكِحْنَ
بَعْدَهُ لِأَنَّهُنَّ أَزْوَاجَهُ فِي الْجَنَّةِ
"Jika kau ingin menjadi isteriku
di syurga maka janganlah engkau menikah lagi setelah aku meninggal. Ini kerana
seorang wanita di syurga akan menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir di
dunia. Oleh kerana itu Allah mengharamkan isteri-isteri Nabi shallallahu
'alaihi wa sallam untuk menikah lagi setelah meninggalnya Nabi, kerana mereka
adalah isteri-isteri Nabi di syurga" (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani
dalam As-Sahihah no 1281).
Kelapan : Wanita yang nusyuz
Jika perkaranya adalah sebaliknya,
iaitu seorang wanita dunia bermaksiat dan membangkang kepada suaminya maka dia
tentu akan kalah bersaing dengan para bidadari syurga dan akan menyebabkannya
terjerumus dalam neraka jahannam. Bahkan tatkala seorang wanita dunia menyakiti
hati suaminya maka bidadari syurga akan protes dengan perlakuannya sebagaimana
dalam sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam :
لاَ تُؤْذِي امْرَأَةٌ
زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا ؛ إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ :
لاَ تُؤْذِيْهِ قَاتَلَكِ اللهُ ؛ فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكِ دَخِيْلٌ يُوْشِكُ أَنْ
يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا
"Tidaklah seorang wanita
menyakiti suaminya di dunia kecuali isterinya di akhirat dari bidadari akan
berkata, "Janganlah engkau mengganggunya, semoga Allah membinasakanmu.
Sesungguhnya dia hanyalah tetamu di sisimu, hampir-hampir lagi ia akan
meninggalkanmu menuju kepada kami" (HR At-Thirmidzi dan Ibnu Majah,
dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 173)
Ya Allah,
Kurniakanlah kami teman di dalam syurgaMu kelak.
Yaa Ar-Rahman, Maha Pengasih …
Janganlah Engkau biarkan hamba…
Kedinginan tanpa pakaian…
Kerana Engkau Telah Berfirman…
﴿هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ
وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ﴾
“Mereka [isteri-isteri] adalah pakaian
bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.” [Al-Baqarah: 187]
Yaa Al-Mannan, Maha pemberi Anugerah
Jangan biarkan Hamba…
GALAU SENDIRIAN…
Kerana Engkau Telah
Berfirman…
﴿وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ
خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ
بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً﴾
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah
Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.” [Ar-Rum: 21]
Sumber:
No comments:
Post a Comment