Pertanyaan:
Apakah hukum menelan lendir selsema atau hingus
semasa berpuasa? Saya musyil tentang ini kerana jika seseorang itu dalam
keadaan selsema di mana banyak lendir-lendir dari rongga turun ke tekak maka
batalkah puasa saya? Ini adalah kerana saya ada membaca yang mengatakan ia
batal, tetapi lendiran ini dari dalam, bukan dari mulut.
Jawapan:
Alhamdulillah. Kami akan cuba memjawab
persoalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Hukum menelan lendir selsema atau hingus semasa
berpuasa adalah sama sahaja dengan hukum menelan air liur. Jika seseorang itu
telan air liur atau atau hingus (mucus) tidaklah membatalkan puasa. Apa yang
dinasihatkan oleh ulama ialah agar lendir atau hingus tadi dikeluarkan. Jika
seseorang itu berada didalam masjid, bolehlah diludahkan kepada kertas tissue.
- [Al-Lajnah al-Daa'imah Lil-Buhuth wa Al-Ifta', 1/270]
Sheikh Utsaimin mensifatkan lendir hingus ini
sebagai sesuatu yang kotor, dan tidak wajar ditelan. Akan tetapi bagi mereka
yang telan lendir tersebut, tidaklah membatalkan puasa oleh kerana di bukan
bersumberkan darah dan juga ia bukanlah sejenis makanan dan minuman.Kata beliau
:
"Adalah haram untuk menelan hingus/mucus
sama seseorang itu berpuasa atau tidak, kerana ia dianggap kotor dan
kemungkinan ia boleh membawa penyakit yang dikeluarkan oleh badan. Akan
tetapi ia tidaklah membatalkan puasa jika seseorang menelannya. Ini adalah
kerana ia bukanlah bersumberkan darah dan menelannya tidak dianggap sebagai
makanan dan minuman. Jika seseorang itu menelan setelah lendir tersebut
memasuki mulutnya, ia tidak membatalkan puasa" - [Al-Sharh al-Mumti',
6/428]
Sumber:
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-08-0002-telan-hingus-dr-saluran-dlm-hingus-ke-tekak
No comments:
Post a Comment