Wednesday, May 22, 2013

Kemuliaan dan Keutamaan Aisyah r.a.



Beliau adalah Ummul Mukminin Ummu Abdillah Aisyah binti Abu Bakr, Shiddiqah binti Shiddiqul Akbar, isteri tercinta Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau lahir empat tahun setelah diangkatnya Muhammad menjadi seorang Nabi. Ibu beliau bernama Ummu Ruman binti Amir bin Uwaimir bin Abdi Syams bin Kinanah yang meninggal dunia pada waktu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup iaitu pada tahun ke-6 H.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menikahi Aisyah dua tahun sebelum hijrah melalui sebuah ikatan suci yang mengukuhkan gelaran Aisyah menjadi Ummul Mukminin, tatkala itu Aisyah masih berumur enam tahun. Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membangun rumah tangga dengannya setelah berhijrah, tepatnya pada bulan Syawwal tahun ke-2 Hijriah dan ia sudah berumur sembilan tahun.
Aisyah menceritakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menikahiku selepas meninggalnya Khadijah ketika aku masih berumur enam tahun, dan aku dipertemukan dengan Baginda tatkala aku berumur sembilan tahun. Para wanita datang kepadaku padahal aku sedang asyik bermain buaian dan rambutku terurai panjang, lalu mereka menghiasiku dan mempertemukan aku dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.” (Lihat Sunan Abu Dawud: 9435).