﴿وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ
يَكُنْ لَهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنْفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ
بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ﴾
Dan orang-orang yang menuduh isterinya [berzina] sedangkan
mereka tidak mempunyai saksi-saksi melainkan diri mereka sendiri, maka
persaksian orang itu ialah empat kali dengan nama Allah (bahawa) sesungguhnya
dia adalah termasuk orang-orang yang benar. (6)
﴿وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَيْهِ
إِنْ كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ﴾
Dan yang kelima: bahawa laknat Allah akan menimpanya jika
dia daripada kalangan orang-orang yang berdusta. (7)
﴿وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَنْ تَشْهَدَ
أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ﴾
Hukuman ke atas isterinya akan terangkat apabila si isteri
itu bersaksi dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa suaminya daripada
kalangan orang pendusta. (8)
﴿وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا
إِنْ كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ﴾
dan yang kelima: bahawa kemurkaan Allah akan menimpanya jika
suaminya daripada kalangan orang-orang yang benar. (9)
﴿وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ
وَأَنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ﴾
Jikalau bukan kerana kurniaan dan rahmat Nya ke atas dirimu
dan (kerana) Allah itu Penerima Taubat lagi Maha Bijaksana, [nescaya kamu akan
mengalami kesusahan]. (10)
Ringkasan Ayat: