Kenapa Allah mensyariatkan hukuman berbentuk sebatan?
Seorang
yang pernah berzina sebenarnya akan mengalami ketagihan untuk mengulangi
perbuatan terkutuk itu untuk memenuhi tuntutan nafsunya. Justeru itu Islam
mensyariatkan hukuman hudud keatas penzina iaitu disebat dengan 100 kali
sebatan untuk mendidik mereka.
Menurut
kajian ahli sains; apabila pesalah disebat, tubuhnya akan menghasilkan sejenis
hormon yang mana hormon itu sebenarnya berfungsi untuk menyeimbangkan semula
ketagihan penzina ini untuk kembali berzina. Sebatan yang dikenakan dipermukaan
kulit juga akan menghantar signal ke otak sehingga menyebabkan
pesalah berfikir dan menginsafi perbuatan mereka itu.
Di
zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ada beberapa kes
zina:
- Kes al-Ghamidiyyah.
- Kisah Maiz yang melakukan zina
dan direjam oleh Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam.
- Kisah seorang lelaki yang belum
berkahwin dan telah melakukan zina dengan isteri majikannya.
Dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam meminta
isteri itu direjam sampai mati, sementara lelaki bujang tersebut disebat
sebanyak 100 kali.
Kisah
Ma’iz bin Malik dan perempuan al-Ghamidiyyah radiallahu ‘anhuma:
عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ
بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : " جَاءَ مَاعِزُ بْنُ مَالِكٍ إِلَى
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ،
طَهِّرْنِي ، فَقَالَ : وَيْحَكَ ارْجِعْ فَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ وَتُبْ إِلَيْهِ ،
قَالَ : فَرَجَعَ غَيْرَ بَعِيدٍ ثُمَّ جَاءَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ،
طَهِّرْنِي ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
وَيْحَكَ ارْجِعْ فَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ وَتُبْ إِلَيْهِ ، قَالَ : فَرَجَعَ
غَيْرَ بَعِيدٍ ثُمَّ جَاءَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، طَهِّرْنِي ،
فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَ ذَلِكَ حَتَّى إِذَا
كَانَتِ الرَّابِعَةُ ، قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ : فِيمَ أُطَهِّرُكَ ؟ ،
فَقَالَ : مِنَ الزِّنَا ،
Buraidah
radiallahu 'anhu berkata: Ma'iz telah datang menemui Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam lalu berkata: "Ya Rasulullah, sucikanlah aku".
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pun menjawab: "Teruk engkau ini,
pulanglah, dan bertaubatlah kepada Allah". Ma'iz pun bergerak pulang
tetapi sekejap sahaja dia datang semula dan berkata: "Ya Rasulullah,
sucikanlah aku", maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menjawab:
"Teruk engkau ini, pulanglah, pohonlah keampunan Allah, dan bertaubatlah
kepada Nya". Ma'iz pun bergerak tetapi sekejap sahaja dia datang semula:
"Ya Rasulullah, sucikanlah aku". Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam pun menjawab seperti sebelumnya sehinggalah kali yang keempat. Lalu
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bertanya: "Untuk hal apa aku perlu
sucikan diri mu?" Ma'iz menjawab: Daripada dosa zina.
فَسَأَلَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَبِهِ جُنُونٌ ؟ ، فَأُخْبِرَ أَنَّهُ
لَيْسَ بِمَجْنُونٍ ، فَقَالَ : أَشَرِبَ خَمْرًا ، فَقَامَ رَجُلٌ
فَاسْتَنْكَهَهُ فَلَمْ يَجِدْ مِنْهُ رِيحَ خَمْرٍ ، قَالَ : فَقَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَزَنَيْتَ ؟ ، فَقَالَ : نَعَمْ ،
فَأَمَرَ بِهِ فَرُجِمَ ، فَكَانَ النَّاسُ فِيهِ فِرْقَتَيْنِ قَائِلٌ ، يَقُولُ
: لَقَدْ هَلَكَ لَقَدْ أَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ ، وَقَائِلٌ يَقُولُ : مَا
تَوْبَةٌ أَفْضَلَ مِنْ تَوْبَةِ مَاعِزٍ أَنَّهُ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَ يَدَهُ فِي يَدِهِ ، ثُمَّ قَالَ :
اقْتُلْنِي بِالْحِجَارَةِ ، قَالَ : فَلَبِثُوا بِذَلِكَ يَوْمَيْنِ أَوْ
ثَلَاثَةً ،
Lalu
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bertanya orang lain: "Adakah dia
tidak siuman?" Sahabat itu menjawab bahawa Ma'iz siuman. Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bertanya lagi: "Adakah dia telah minum
arak?", lalu seorang lelaki bangun dan menghidu bau mulut Ma'iz dan
mendapati tiadanya bau arak. Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
bertanya kepada Ma'iz: "Adakah engkau telah berzina?" Ma'iz pun
menjawab: "Ya". Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menyuruh
agar dia direjam. Ketika itu para sahabat menjadi dua kelompok. Seorang sahabat
berkata: "Habislah dia, dosa-dosanya telah menyelubungi dirinya".
Sahabat yang lain pula berkata:"Tidak ada taubat yang lebih afdhal
daripada taubat Ma'iz. Dia datang kepada nabi sallallahu 'alaihi wasallam, lalu
meletakkan tangannya di atas tangan baginda sallallahu 'alaihi wasallam.
Kemudian berkata: Bunuhlah aku dengan rejaman batu. Kemudian hal itu
ditangguhkan sehinga dua atau tiga hari.
ثُمَّ جَاءَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُمْ جُلُوسٌ فَسَلَّمَ ثُمَّ جَلَسَ
، فَقَالَ : اسْتَغْفِرُوا لِمَاعِزِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : فَقَالُوا : غَفَرَ
اللَّهُ لِمَاعِزِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَقَدْ تَابَ تَوْبَةً لَوْ قُسِمَتْ بَيْنَ أُمَّةٍ
لَوَسِعَتْهُمْ ،
Kemudian
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam datang kepada para sahabat ketika mereka
sedang duduk-duduk. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memberikan salam
kepada mereka kemudian lalu berkata: "Mohonlah keampunan untuk Ma'iz bin
Malik". Lalu para sahabat pun menyebut: "Semoga Allah mengampuni
Ma'iz bin Malik. Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menyebut:
"Sesungguhnya dia telah bertaubat, yang mana jika taubat itu
dibahagi-bahagikan kepada seluruh umat, ia cukup untuk mereka semua".
قَالَ : ثُمَّ جَاءَتْهُ
امْرَأَةٌ مِنْ غَامِدٍ مِنَ الْأَزْدِ ، فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ
طَهِّرْنِي ، فَقَالَ : وَيْحَكِ ارْجِعِي فَاسْتَغْفِرِي اللَّهَ وَتُوبِي
إِلَيْهِ ، فَقَالَتْ : أَرَاكَ تُرِيدُ أَنْ تُرَدِّدَنِي كَمَا رَدَّدْتَ
مَاعِزَ بْنَ مَالِكٍ ، قَالَ : وَمَا ذَاكِ ؟ ، قَالَتْ : إِنَّهَا حُبْلَى مِنَ
الزّنَا ، فَقَالَ : آنْتِ ، قَالَتْ : نَعَمْ ، فَقَالَ لَهَا : حَتَّى تَضَعِي
مَا فِي بَطْنِكِ ، قَالَ : فَكَفَلَهَا رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ حَتَّى وَضَعَتْ
، قَالَ فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : قَدْ
وَضَعَتِ الْغَامِدِيَّةُ ، فَقَالَ : إِذًا لَا نَرْجُمُهَا وَنَدَعُ وَلَدَهَا
صَغِيرًا لَيْسَ لَهُ مَنْ يُرْضِعُهُ ، فَقَامَ رَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ ،
فَقَالَ : إِلَيَّ رَضَاعُهُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ ، قَالَ : فَرَجَمَهَا "
.
Kemudian
datang pula seorang perempuan Bani Ghamidiyyah dari kawasan Al-Azad, perempuan
itu berkata: "Ya Rasulullah, sucikanlah aku". Lalu baginda sallallahu
'alaihi wasallam menjawab: "Teruk betul engkau ini, pulanglah, pohonlah
keampunan Allah dan bertaubatlah kepadanya". Perempuan itu menjawab:
"Aku melihat engkau cuba menolak permintaan aku sebagaimana engkau menolak
permintaan Ma'iz bin Malik". Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pun
bertanya: "Apa yang telah terjadi?". Perempuan itu menjawab bahawa
dia telah berzina. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bertanya lagi:
"Engkau (telah berzina)?". Perempuan itu menjawab: "Ya".
Lalu
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pun berkata: "(Pulanglah engkau)
sehingga engkau melahirkan kandungan engkau ini. Lalu seorang lelaki Ansar pun
menjaga perempuan itu sehingga dia melahirkan anak. Lalu lelaki itu pun datang
berjumpa nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: "Perempuan
al-Ghamidiyyah itu telah melahirkan anak". Lalu Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam berkata: "Kita tidak akan merejamnya sehingga menyebabkan
anaknya terbiar tanpa ada orang menyusukannya". Lalu seorang lelaki Ansar
bangun dan berkata: "Biarkan aku yang menguruskan hal susuan anak ini
wahai nabi Allah". Lalu para sahabat pun merejamnya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Hudud, Bab Sesiapa Yang Mengaku Telah
Berzina, hadis no: 3213]
Moral
dari kisah di atas; menunjukkan bahawa Islam itu tidak menzalimi umatnya.
Adakah wanita yang sedang mengandung akan disebat? dan adakah wanita yang
sedang menyusui akan disebat?.. Tidakkan?... dan
adakah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pergi mencarinya,
setelah pertama kali Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam minta dia balik sehingga dia melahirkan
anaknya?..Tidakkan??... Tempoh bagi orang yang mengandung 9 bulan,
lamakan??? Dalam tempoh 9 bulan itu boleh saja dia pergi jauh dan
berkemungkinan dia tidak akan datang semula untuk menemui Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam..dan kali kedua juga Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam menyuruhnya untuk pulang bagi menyusukan anaknya.
Setelah
dua tahun dia datang semula menemui Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam dan meminta Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam menjatuhkan hukuman keatas dirinya. Tempoh menyusu untuk seorang
anak adalah selama 2 tahun. Lamakan??... Kenapa dia datang juga
menemui Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk
melaksanakan hukuman itu?... Ini menunjukkan dia (al-Ghamidiyyah) telah insaf
dan bertaubat dengan sesungguh-sungguh taubat. Lihatlah, betapa Islam itu tidak
menzalimi... tempoh yang diberikan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam kepada al-Ghamidiyyah itu sebenarnya adalah satu tempoh
yang membolehkan dia bertaubat dan tidak lagi mengulagi perbuatannya itu.
(tulisan
asal oleh Ustazah Faezah Yahya)
No comments:
Post a Comment