﴿وَالَّذِينَ
يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ
ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَداً
وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ. إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَلِكَ
وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾
Ertinya: "Dan
orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina) dan
mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh
kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya;
kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq". "Kecuali
orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta
memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani". (Surah an-Nur: 4, 5)
Setelah Allah s.w.t menjelaskan hukum hakam zina pada
ayat 2 dan 3 dalam Surah An-Nur, Allah datangkan pula penjelasan berkaitan
Qazaf. Qazaf ialah pertuduhan zina keatas perempuan-perempuan
dan juga lelaki-lelaki yang baik tanpa membawa 4 orang saksi. Hukuman ini
disyariatkan untuk melindungi maruah orang-orang beriman yang soleh dan juga
solehah dari dituduh sesuka hati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan
tuduhan zina.
Islam
sangat menjaga kehormatan seseorang daripada melakukan zina, kerana zina
merupakan wabak yang sangat merbahaya, ia meliputi kerhormatan, kesucian dan
maruah seseorang, dan juga mencemarkan nasab atau keturunan individu, keluarga
dan masyarakat. Jadi, Islam memandang berat kepada sesiapa yang menuduh
perempuan atau lelaki yang baik-baik melakukan zina. Begitu juga tuduhan
terhadap seseorang yang melakukan liwat.
MAKNA AYAT
· ﴿وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ﴾: "Dan orang-orang yang menuduh
perempuan-perempuan yang baik“. Ulama bersepakat bahawa
yang dimaksudkan dengan “tuduhan” di dalam ayat ini adalah tuduhan zina.
·
﴿الْمُحْصَنَاتِ﴾: perempuan-perempuan
yang baik, terpelihara dari perbuatan zina. Perlu difahami bahawa pengkhususan
terhadap golongan wanita di dalam ayat ini menunjukkan realiti yang berlaku di
mana golongan wanita sering difitnah dengan tuduhan palsu ini dan ia telah
mencemarkan maruah seseorang serta kaum keluarganya. Ini sama sekali tidak
menafikan pensyariatan hukum ini keatas golongan adam.
HUKUM HAKAM QAZAF
1. Berapakah
jenis Qazaf yang terdapat dalam Islam?
Qazaf (pertuduhan zina) terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
2. Bagaimana
hukuman Qazaf dilaksanakan?
Hukuman qazaf bukanlah
sesuatu yang mudah untuk diputuskan. Ia perlu memenuhi beberapa syarat utama:
1. Syarat Qozif (orang yang menuduh)
1. Berakal
2. Baligh
3. Tiada paksaan
(atas kerelaan penuduh itu sendiri untuk membuat tuduhan).
Sekiranya orang yang membuat tuduhan
itu adalah seorang yang gila atau kanak-kanak yang belum baligh atau orang yang
dipaksa; maka pertuduhannya tidak akan diambil kira dan dia juga tidak akan
dihukum hudud walaupun gagal membawa 4 orang saksi untuk pertuduhan zina yang
dilemparkan.
2. Syarat
Maqzuf (orang yang dituduh)
Ayat ﴿وَالَّذِينَ
يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ﴾ secara zahirnya merangkumi semua perempuan (dan juga lelaki)
muslimah dan kafir, wanita yang merdeka dan juga hamba abdi. Namun fuqaha’
telah menetapkan 5 syarat pada orang yang dituduh (tuduhan zina) sehingga boleh
dijatuhkan hukuman hudud keatas orang yang menuduh:
1. Seorang muslim
2. Berakal
3. Baligh
4. Merdeka
5. Seorang yang
memang terhindar dari perbuatan zina dalam kehidupannya.
Walaubagaimanapun ini tidak bermakna
sekiranya seseorang yang menuduh selain dari 5 golongan di atas (orang kafir,
orang yang tidak waras, kanak-kanak, hamba dan orang yang memang dikenali
sebagai perempuan penzina) ini akan terlepas dari hukuman hudud apabila tidak
mendatangkan 4 orang saksi untuk pertuduhan itu, tetapi sebaliknya penuduh akan
dikenakan hukuman ta’zir (hukuman yang ditetapkan oleh pemerintah) kerana
mereka menyebarkan berita bohong.
3. Apakah hukuman
yang dikenakan keatas orang yang menuduh (Qozif)
Allah ‘azza wa jalla
telah menetapkan hukuman ke atas orang yang menuduh seorang perempuan (mahupun
lelaki) baik dengan tuduhan zina dan gagal membawa 4 orang saksi, dengan
hukuman berikut:
1. Disebat dengan
80 sebatan berdasarkan firman Allah: ﴿فَاجْلِدُوهُمْ
ثَمَانِينَ جَلْدَةً﴾
2. Tidak diterima penyaksiannya
selama-lamanya berdasarkan firman Allah:
﴿وَلَا
تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً
أَبَداً﴾
3. Dia disifatkan
sebagai seorang fasiq berdasarkan firman Allah:
﴿وَأُوْلَئِكَ
هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾.
Fasiq
ialah orang yang jauh dari rahmat Allah subhanahu wa ta'ala. Mereka
sentiasa berada di dalam kegelapan kerana mereka telah melakukan suatu dosa
besar dan jenayah yang sangat keji.
Namun dalam ayat
5, Allah subhanahu wa ta’ala menetapkan pengecualian dengan firmanNya: ﴿إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا
مِن بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾
Maksudnya:
"Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang
tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani".
Dalam ayat ini, Allah ‘azza
wajalla menegaskan bahawa taubat sahaja tidak mencukupi. Ia haruslah dibuktikan
dengan amalan soleh berdasarkan firman Allah ‘azza wajalla: ﴾ ﴿وَأَصْلَحُوا
“serta memperbaiki amalannya”.
Ulama
berbeza pandangan dalam menentukan pengecualian ini.
1. Pandangan
Mazhab Hanafi:
Setelah
bertaubat, orang yang membuat tuduhan itu dikecualikan daripada disifatkan sebagai seorang fasiq.
Ini merupakan riwayat Hasan al-Basri, an-Nakha’ie, dan Sa’id bin Jabir.
2. Pandangan
Jumhur (Syafie’, Malik, Ahmad):
Setelah
bertaubat, orang yang membuat tuduhan itu dikecualikan daripada disifatkan sebagai seorang fasiq
dan penyaksiannya diterima. Ini merupakan riwayat ‘Atha’, Thawus, Mujahid,
Sya’bi, dan ‘Ikrimah.
Diringkaskan daripada Rawai’ al-Bayan
oleh Shaikh Muhammad Ali al-Sobuni hafizahullah.
No comments:
Post a Comment