Musim cuti sekolah bakal tiba. Selain dari
merancang aktiviti berfaedah untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah nanti, ada
ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk mengkhatankan anak-anak lelaki mereka
samada ia dibuat secara tradisional atau menggunakan kaedah moden. Namun adakah
berkhatan hanya disyariatkan untuk lelaki sahaja? Sekiranya kaum perempuan juga
diperintahkan untuk berkhatan, bagaimana kaedah yang bertepatan dengan syara’
dalam melaksanakannya?
Pembahasan khitan bagi wanita memang menjadi
polemik. Ada yang pro, namun tidak sedikit pula yang kontra. Bagaimana
sebenarnya kedudukan khitan wanita dalam pandangan Islam dan juga
tinjauan perubatan?
Khitan bagi Wanita Termasuk Syariat Islam
Para ulama berbeza pandangan
tentang hukum khitan bagi wanita. Sebahagian mengatakan khitan bagi wanita
hukumnya wajib, sebahagian lagi mengatakan hukumnya sunnah (dianjurkan).