Musim cuti sekolah bakal tiba. Selain dari
merancang aktiviti berfaedah untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah nanti, ada
ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk mengkhatankan anak-anak lelaki mereka
samada ia dibuat secara tradisional atau menggunakan kaedah moden. Namun adakah
berkhatan hanya disyariatkan untuk lelaki sahaja? Sekiranya kaum perempuan juga
diperintahkan untuk berkhatan, bagaimana kaedah yang bertepatan dengan syara’
dalam melaksanakannya?
Pembahasan khitan bagi wanita memang menjadi
polemik. Ada yang pro, namun tidak sedikit pula yang kontra. Bagaimana
sebenarnya kedudukan khitan wanita dalam pandangan Islam dan juga
tinjauan perubatan?
Khitan bagi Wanita Termasuk Syariat Islam
Para ulama berbeza pandangan
tentang hukum khitan bagi wanita. Sebahagian mengatakan khitan bagi wanita
hukumnya wajib, sebahagian lagi mengatakan hukumnya sunnah (dianjurkan).
·
Dalil yang Menunjukkan Wajib
Ulama yang mewajibkan khitan bagi wanita, mereka
berhujah dengan dalil-dalil berikut :
1. Hukum wanita sama dengan lelaki kecuali ada
dalil yang membezakannya, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
إنما النساء شقائق الرجال
“Wanita itu
saudara kandung lelaki” (H.R. Abu Dawud 236, hasan)
2. Adanya beberapa dalil yang menunjukkan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam menyebutkan khitan bagi wanita, di antaranya sabda baginda:
إذ التقى الختانان فقد وجب الغسل
“Apabila
bertemu dua khitan, maka wajib mandi “ (H.R. Tirmidzi 108, shahih)
Daripada ‘Aisyah radhiyallahu
‘anhu, bahawa Rasulullah shalllallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:
إذ جلس بين شهبها الأربع و مسّ الختان الختان فقد وجب
الغسل.
“Apabila
seseorang lelaki berada di empat cabang wanita (bersetubuh dengan wanita)
dan khitan menyentuh khitan, maka wajib mandi “ (H.R. Bukhari I/291,
Muslim 349)
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda kepada ‘Ummu ‘Athiyah radhiyallahu
‘anha:
إذا خفضت فأشمي ولا تنهكي فإنّه أسرى للوجه وأحضى
للزوج
“Apabila
Engkau mengkhitan wanita, sisakanlah sedikit dan jangan potong (bahagian kulit
klitoris) semuanya, kerana itu lebih bisa membuat ceria wajah dan lebih
disenangi oleh suami” (H.R. Al Khatib dalam Tarikh 5/327, dinilai shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah)
3. Khitan bagi wanita sangat masyhur dilakukan oleh
para sahabat dan para salaf sebagaimana tersebut di atas.
·
Dalil yang Menunjukkan Sunnah
Adapun ulama yang berpendapat khitan wanita
hukumnya sunnah, mereka berhujah sebagai berikut :
1.Tidak ada dalil yang tegas yang menunjukkan
wajibnya khitan bagi wanita.
2.Khitan bagi lelaki tujuannya untuk membersihkan
sisa air kencing yang najis pada kulup kepala kemaluan, sedangkan suci dari
najis merupakan syarat sahnya solat. Sedangkan khitan bagi wanita tujuannya
untuk mengecilkan syahwatnya, yang ini hanyalah untuk mencari sebuah
kesempurnaan dan bukan sebuah kewajipan. (Lihat Syarhul Mumti’ I/134)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah ditanya, “Apakah
wanita itu dikhitan ?” Beliau menjawab, “Ya, wanita itu dikhitan dan khitannya
adalah dengan memotong daging yang paling atas yang mirip dengan balung ayam
jantan. Rasulullah shallallahu’alaihi
wa sallam bersabda: “Biarkanlah sedikit dan jangan potong semuanya,
kerana itu lebih bisa membuat ceria wajah dan lebih disenangi suami”.
Hal ini kerana tujuan khitan lelaki ialah untuk menghilangkan najis yang terdapat dalam penutup kulit kepala kemaluan. Sedangkan tujuan khitan wanita adalah untuk menstabilkan syahwatnya, kerana apabila wanita tidak dikhitan maka syahwatnya akan sangat besar.” (Majmu’ Fatawa 21/114)
Hal ini kerana tujuan khitan lelaki ialah untuk menghilangkan najis yang terdapat dalam penutup kulit kepala kemaluan. Sedangkan tujuan khitan wanita adalah untuk menstabilkan syahwatnya, kerana apabila wanita tidak dikhitan maka syahwatnya akan sangat besar.” (Majmu’ Fatawa 21/114)
Kesimpulannya, terdapat perbezaan pendapat di
kalangan para ulama tentang khitan bagi wanita. Namun yang jelas khitan
merupakan bahagian syariat bagi wanita, terlepas hukumnya wajib ataupun sunnah.
Barangsiapa yang melaksanakannya tentu lebih utama. Dan ini termasuk bahagian
menghidupkan sunnah nabi yang hampir hilang, sehingga orang yang melakukannya
termasuk orang yang disebutkan oleh Rasulullah shallalhu ‘alaihi wa sallam dalam sabda baginda:
“Barangsiapa yang membuat sunnah yang baik
dalam Islam, maka dia akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya
tanpa dikurangi dari pahala mereka sedikitpun ”(H.R Muslim 1017)
Fatwa Syaikh
Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin rahimahullah
Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin rahimahullah ditanya:
“Wahai
Syaikh yang mulia! Berkaitan dengan khitan bagi wanita, apakah hukumnya wajib
ataukah sunnah?”
Beliau menjawab:
Yang tepat dari perkataan para ulama yang ada dalam
masalah ini, iaitu pendapat yang pertengahan, khitan itu wajib bagi lelaki, namun
tidak wajib bagi wanita. Perbezaannya sangat jelas sekali kerana kulit khitan
yang ada pada lelaki jika dibiarkan, itu dapat memberikan kesan bahaya ketika
kencing. Kesan lainnya lagi adalah kemaluannya akan lebih mudah kotor iaitu di daerah antara kulit khitan yang nanti akan dipotong dan kemaluannya.
Hal ini tidak kita jumpai pada wanita. Oleh kerana itu, yang benar di antara pendapat ulama yang ada tentang masalah ini, khitan itu wajib bagi lelaki dan sunnah bagi wanita. Sebahagian ulama memang mengatakan bahawa khitan wajib bagi kedua-duanya. Sebahagian yang lain mengatakan bahawa hukum khitan itu hanyalah sunnah bagi kedua-duanya. Namun yang tepat adalah pendapat yang pertengahan iaitu hukum khitan itu wajib bagi lelaki.
Hal ini tidak kita jumpai pada wanita. Oleh kerana itu, yang benar di antara pendapat ulama yang ada tentang masalah ini, khitan itu wajib bagi lelaki dan sunnah bagi wanita. Sebahagian ulama memang mengatakan bahawa khitan wajib bagi kedua-duanya. Sebahagian yang lain mengatakan bahawa hukum khitan itu hanyalah sunnah bagi kedua-duanya. Namun yang tepat adalah pendapat yang pertengahan iaitu hukum khitan itu wajib bagi lelaki.
Bahagian yang
Dikhitan pada Wanita
Yang benar menurut sunnah adalah tidak memotong
seluruhnya, namun hanya sebahagian kecil saja. Hal ini berdasarkan hadits
Ummu ‘Athiyah radhiyallahu ‘anha
bahawa dahulu para wanita di Madinah dikhitan. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لاَ تُنْهِكِي فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ
وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْل
“Jangan
berlebihan dalam mengkhitan, kerana akan lebih nikmat (ketika berhubungan
seksual) dan lebih disukai suami” (H.R Abu Dawud)
Khitan Wanita dalam
Tinjauan Sudut Perubatan
Dalam istilah medik, khitan wanita juga
diistilahkan Female Genital Cutting
(FGC) atau Female Genital Mutilation
(FGM). Menurut WHO, definisi FGM meliputi seluruh prosedur yang menghilangkan
secara total atau sebahagian daripada organ genitalia eksterna atau melukai pada
organ kelamin wanita kerana alasan bukan perubatan.
Bukankah WHO melarang FGM?
Dalam laman web rasminya, WHO menjelaskan beberapa
informasi tentang FGM :
- FGM meliputi seluruh proses yang mengubah atau menyebabkan luka pada bahagian luar alat sulit wanita kerana alasan bukan perubatan.
- Prosedur FGM tidak bermanfaat bagi wanita.
- Prosedur FGM dapat menyebabkan perdarahan dan gangguan kencing, dan dalam jangka lama boleh menyebabkan kista, jangkitan kuman, kemandulan, serta komplikasi dalam bersalin yang dapat meningkatkan risiko kematian bayi baru lahir
- Sekitar 140 juta anak perempuan dan perempuan di seluruh dunia saat ini hidup dengan akibat buruk daripada FGM.
- FGM ini kebanyakan dilakukan pada anak dan gadis-gadis muda, antara bayi dan usia 15 tahun.
- Di Afrika dianggarkan 92 juta perempuan 10 tahun ke atas telah mengalami FGM.
- FGM adalah pelanggaran hak asasi terhadap perempuan.
- Praktik ini kebanyakan dilakukan oleh ahli khitan tradisional, yang juga berperanan penting dalam masyarakat. Namun, lebih dari 18% dari semua FGM dilakukan oleh para doktor, dan trend ini terus meningkat.
Dapat kita simpulkan daripada penjelasan WHO yang
dilarang adalah tindakan FGM (Female Genita Mutilation), iaitu seluruh
prosedur yang menghilangkan secara total atau sebahagian daripada organ luar alat sulit wanita atau melukai pada organ kelamin wanita kerana alasan bukan perubatan. Namun
perlu diperhatikan baik-baik bahawa definisi khitan wanita dalam Islam tidak
sama dengan FGM yang dilarang oleh WHO.
Hikmah Khitan bagi Wanita
Telah jelas bagi kita bahawa khitan merupakan
bahagian dari perintah syariat Islam yang mulia. Semua hal yang diperintahkan
dalam syariat pasti memberikan manfaat bagi hamba, baik kita ketahui maupun
tidak. Tidak mungkin ada perintah syariat yang tidak memberikan manfaat bagi
hamba atau bahkan merugikan hamba. Termasuk dalam hal ini khitan bagi wanita
yang merupakan bahagian dari syariat Islam.
Daripada sudut perubatan, memang belum banyak data
penelitian tentang khitan wanita. Ini kerana tindakan ini masih jarang
dilakuan oleh tenaga perubatan. Namun yang jelas khitan bagi wanita yang seusai
dengan prosedur tidak membahayakan bagi wanita.
Meskipun demikian, bukan bererti khitan bagi wanita tidak bermanfaat. Sangat dimungkinkan khitan juga memiliki manfaat bagi para wanita seperti manfaat khitan bagi lelaki. Meskipun belum ada bukti perubatan tentang manfaat khitan bagi wanita namun cukuplah perintah adanya syariat khitan sebagai bukti bahawa khitan bermanfaat bagi wanita.Di antara manfaat khitan bagi wanita adalah yang disebutkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu untuk menstabilkan syahwat dan memuaskan pasangan.
Meskipun demikian, bukan bererti khitan bagi wanita tidak bermanfaat. Sangat dimungkinkan khitan juga memiliki manfaat bagi para wanita seperti manfaat khitan bagi lelaki. Meskipun belum ada bukti perubatan tentang manfaat khitan bagi wanita namun cukuplah perintah adanya syariat khitan sebagai bukti bahawa khitan bermanfaat bagi wanita.Di antara manfaat khitan bagi wanita adalah yang disebutkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu untuk menstabilkan syahwat dan memuaskan pasangan.
Kesimpulan
Setelah paparan di atas, dapat kita ambil
kesimpulan beberapa hal penting sebagai berikut :
- Khitan wanita adalah termasuk sebahagian daripada syariat Islam
- Hukum khitan bagi wanita adalah diperintahkan. Sebahagian ulama mewajibkannya, sebahagian hanya menganggapnya sunnah. Meskipun tidak melakukannya, seorang muslim wajib meyakini bahawa khitan adalah bahagian syariat Islam. Seorang muslim tidak boleh melakukan pelarangan terhadap praktik khitan wanita.
- Khitan pada wanita menurut syariat Islam berbeza dengan Female Genital Mutilation yang dilarang oleh WHO.
- Khitan bagi wanita mengandungi beberapa manfaat dan hikmah seperti menstabilkan syahwat dan lebih memuaskan pasangan, di samping juga kemungkinan manfaat-manfaat lain ditinjau dari sisi medik.
- Khitan bagi wanita sama sekali tidak berbahaya ditinjau daripada sudut pandang perubatan.
- Khitan wanita harus dilakukan oleh mereka yang mahir dalam bidang perubatan dan berpengalaman dengan menggunakan alat-alat medik yang disteril, dan dianjurkan dilakukan oleh pegawai perubatan wanita.
Sumber:
http://muslim.or.id/fatwa-ulama/fatwa-ulama-khitan-pada-wanita.html
http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/polemik-khitan-wanita.html
http://muslim.or.id/kesehatan-islami/metode-khitan-pada-wanita.html
No comments:
Post a Comment