Monday, July 22, 2013

Jika Bukan Untuk-Mu, Untuk Siapa?


Acapkali kita mendengar keluhan sebahagian muslimah yang dirundung kesedihan ketika dirinya didatangi haidh.
Katanya beruntunglah para lelaki yang dapat beribadah di sepanjang malam di bulan Ramadhan ini.
Masakan tidak, si lelaki tidak mempunyai uzur yang mengharamkan mereka daripada beribadah, bersolat membaca al-Quran dan lain-lain.
Sedangkan bagi si wanita, datang sahaja haidh, maka berehatlah mereka daripada beribadah.

Dari satu segi ia menampakkan satu kecintaan untuk mendekatkan diri kepada Allah, akan tetapi dari satu segi ia seolah menunjukkan ada sedikit kerapuhan di dalam aqidah. 
Seolah-olah wujud keraguan kepada keadilan Allah.
Dari mana puncanya? Aku melihat bahawa ini berlaku apabila skop ibadah disempitkan. 
Skop mendekatkan diri kepada Allah dibataskan kepada solat sahaja.