Friday, March 29, 2013

Kisah Ma'iz dan Perempuan Al-Ghamidiyyah


Kenapa Allah mensyariatkan hukuman berbentuk sebatan? 

Seorang yang pernah berzina sebenarnya akan mengalami ketagihan untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu untuk memenuhi tuntutan nafsunya. Justeru itu Islam mensyariatkan hukuman hudud keatas penzina iaitu disebat dengan 100 kali sebatan untuk mendidik mereka.

Menurut kajian ahli sains; apabila pesalah disebat, tubuhnya akan menghasilkan sejenis hormon yang mana hormon itu sebenarnya berfungsi untuk menyeimbangkan semula ketagihan penzina ini untuk kembali berzina. Sebatan yang dikenakan dipermukaan kulit juga akan menghantar signal ke otak sehingga menyebabkan pesalah berfikir dan menginsafi perbuatan mereka itu.

Di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ada beberapa kes zina:

  1. Kes al-Ghamidiyyah.
  2. Kisah Maiz yang melakukan zina dan direjam oleh Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam.
  3. Kisah seorang lelaki yang belum berkahwin dan telah melakukan zina dengan isteri majikannya. Dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam meminta isteri itu direjam sampai mati, sementara lelaki bujang tersebut disebat sebanyak 100 kali.

Kisah Ma’iz bin Malik dan perempuan al-Ghamidiyyah radiallahu ‘anhuma:

Sunday, March 24, 2013

Bolehkah Berkahwin Dengan Penzina?


HUKUM BERKAHWIN DENGAN PENZINA


“Lelaki zina tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan atau dengan perempuan musyrik, dan perempuan zina tidak boleh menikah kecuali dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang mu’min” (an-Nur : 3)

Adakah sah perkahwinan dengan penzina?
Berdasarkan ayat 3 di dalam Surah an-Nur, ulama salaf telah berselisih pendapat dalam hal ini kepada dua pendapat:

  1. Diharamkan menikahi penzina, ia diriwayatkan daripada 'Ali, Al-Bara', 'Aisyah dan Ibn Mas'ud radhiallahu 'anhum ajma'in.
  2. Dibenarkan menikahi penzina. Ini diriwayatkan daripada Abu Bakar, 'Umar, Ibn 'Abbas, dan ini merupakan pendapat majoriti ulama'. Inilah jua pendapat ulama' mujtahid empat mazhab.

Thursday, March 21, 2013

Ayat-ayat Hukum dalam Surah An-Nur (ayat 2)



Bagaimanakah hukuman yang dikenakan keatas penzina pada zaman permulaan Islam?

Mereka dikenakan hukuman ringan yang bersifat sementara berdasarkan ayat Al-Quran dalam Surah An-Nisa’: 15-16 iaitu:

·Penzina wanita- dikurung di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar.
·Penzina lelaki- dicerca dengan kata-kata.

Sunday, March 17, 2013

Penerangan keseluruhan surah an-Nur


Terletaknya surah an-Nur dalam al-Quran pada muka surat yang ke 350-359, dari 604 muka surat dalam resm al-'Uthmany. Surah an-Nur merupakan surah yang terletak tengah muka surat, dan surah yang ke-24 dari 114 surah.

Muka surat 350
       Mari kita lihat surah an-Nur pada muka surat 350 (sila ambil al-Quran dan buka, al-Quran resm 'Uthmany); pada muka surat ini Allah memberitahu tentang hukum zina

Ayat 1: 
  • Di awal ayat Allah subhanahu wa ta'ala telah menggunakan kalimat  (سُورَة).  
  •  سُورَةٌ : adalah sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai pendahuluan dan penutup. Kalimat ini digunakan sebagai satu gesaan untuk memahami keseluruhan surah ini.
  • Kenapa Allah meletakkan kalimah سُورَةٌ di awal surah an-Nur? kerana untuk menunjukkan ketinggian surah ini, maka Allah memberi nama  atau perumpamaan dengan kalimat "سُورَةٌ" di awal ayat pertama.
  • Surah an-Nur merupakan sebagai pelindung kepada individu, keluarga dan masyarakat daripada perkara-perkara yang merosakkan (maksiat).

Tuesday, March 12, 2013

Ringkasan Tadabbur an-Nur (Siri 2)

Oleh Ustazah Faezah Yahya

Ayat 2:
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Ertinya: "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jikalau benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan manusia yang beriman".

Ringkasan Tadabbur an-Nur (Siri 1)

Oleh Ustazah Faezah Yahya


 قال أبو عبد الرحمن السُّلَمِيّ: حدثنا الذين كانوا يُقرِئوننا القرآن كعثمان بن عفان، وعبدالله بن مسعود، وغيرهما: أنهم كانوا إذا تعلموا من النبي صلى الله عليه وسلم عشرَ آياتٍ لم يجاوزوها حتى يتعلموا ما فيها من العلم والعمل، قالوا: فتعلّمنا القرآنَ والعلمَ والعملَ جميعا
)مقدمة تفسير الطبري
Yang bermaksud: Berkata Abu Abdul Rahman As-Sulamy**: "Kami diberitahu bahawa para sahabat meminta Rasulullah untuk membacakan kepada mereka al-Qur’an. Mereka akan mempelajari 10 ayat dan beramal dengannya. Setelah beramal barulah mereka mempelajari ayat-ayat yang lain. Sehingga kami mempelajari al-Qur’an dan mengamalkan secara keseluruhan.

                                                                 (Hadith Riwayat Al-Hakim, sahih menurut Adz-Dzahabi dan Ahmad Syakir)