Ayat 2:
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ
وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ
اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ
عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Ertinya: "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,
hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali
sebatan; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap
kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jikalau benar kamu beriman
kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan manusia yang beriman".
Ayat sebelum ini (ayat 1) menjelaskan bahawa
surah ini mengandungi ketetapan hukum yang bersifat pasti. Di antaranya ialah
hukum hudud terhadap perempuan dan lelaki yang melakukan zina, samada ia
seorang dara atau teruna atau yang sudah menikah (yang pernah merasai nikmat
persetubuhan).
Seorang perempuan yang melakukan zina,
sekiranya dia masih seorang gadis (dara), maka hukum ke atasanya seratus kali
sebatan, sebagaimana yang telah dikemukakan oleh ayat di atas, dan juga bagi
penzina lelaki (teruna).
Zina: persetubuhan yang dilakukan dan tidak terikat oleh akad
nikah.
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي; Menurut bahasa Arab, dua kalimah ini
merupakan jumlah ismiyyah; di mana pelaku yang melakukan,
iaitu penzina.
Orang yang melakukan zina; mereka telah
mencampakkan diri mereka ke dalam kegelapan demi kegelapan dan kegelapan. Kenapa
terus menerus berada dalam kegelapan? Kerena sekali melakukan zina mereka akan
melakukannya lagi dan lagi, mereka akan rasa ia suatu ketagihan. Kemungkinan
juga pabila mereka mengandung, maka terjadinya pembuangan bayi, membunuh dan
sebagainya. Jadi inilah kegelapan demi kegelapan. Dan bagaimana untuk
mengeluarkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dan rasa ketagih itu?...
iaitu hanya satu sahaja, dengan melaksanakan hukum yang telah ditetapkan oleh
Allah subhanahu wata'ala. Melaksanakan hukum hudud; seratus kali
sebatan untuk penzina perempuan dan lelaki (dara dan teruna).
فَاجْلِدُوا : cambuklah
/pukullah. Mengapa Allah subhanahu wata'ala tidak menggunakan kalimatفأضربوا? yang mana ia mempunyai maksud yang sama,
iaitu "pukullah".
Kerana...... فَاجْلِدُوا : asal dari kata جِلد : kulit. yang maksud iaitu pukullah
di kulit, di mana kulitlah tempat yang akan merasa sakit pukulan itu,
dengan seratus kali sebatan; hukum yang telah ditetapkan oleh Allah ta'ala (hudud).
Dengan pukulan itu, akan membawa kembali cahaya keimanan kepada si pelaku zina
dari terus berada di dalam kegelapan, dan juga dapat menghilang rasa ketagihan
zina.
وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ : "dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah". Allah melarang kita merasa kasihan kepada penzina, yakni tidak sampai hati untuk melaksanakan hukum hudud terhadap mereka. Sekiranya kita sayang kepada mereka, maka laksanakanlah hukuman tersebut. Jika kita rasa belas kasihan terhadap mereka dan tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud tersebut; sebenarnya kita tidak sayang atau kasihan terhadap mereka.
وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ : "dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan manusia yang beriman".
وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ : "dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah". Allah melarang kita merasa kasihan kepada penzina, yakni tidak sampai hati untuk melaksanakan hukum hudud terhadap mereka. Sekiranya kita sayang kepada mereka, maka laksanakanlah hukuman tersebut. Jika kita rasa belas kasihan terhadap mereka dan tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud tersebut; sebenarnya kita tidak sayang atau kasihan terhadap mereka.
وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ : "dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan manusia yang beriman".
Kenapa untuk laksanakan hukum hudud ini mesti disaksikan oleh orang-orang yang beriman?
Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa berzina itu merupakan satu dosa besar, dan di samping itu orang-orang yang beriman akan mendoakan "penzina" tersebut dengan doa yang baik-baik untuknya, supaya dia (penzina) kembali kepada jalan Allah subhanahu wata'ala.
Kenapa tidak disaksikan dihadapan orang-orang fasiq?... kerana ia akan menambahburukan keadaan, kemungkinan mereka (orang fasiq) akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada pelaku zina, dan juga akan menganggap hukuman hudud itu tidak sesuai, kejam, tidak adil dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment