قال أبو عبد الرحمن
السُّلَمِيّ: حدثنا الذين كانوا يُقرِئوننا القرآن كعثمان بن عفان، وعبدالله بن
مسعود، وغيرهما: أنهم كانوا إذا تعلموا من النبي صلى الله عليه وسلم عشرَ آياتٍ لم
يجاوزوها حتى يتعلموا ما فيها من العلم والعمل، قالوا: فتعلّمنا القرآنَ والعلمَ والعملَ جميعا
)مقدمة تفسير الطبري(
Yang bermaksud: Berkata Abu Abdul Rahman As-Sulamy**: "Kami
diberitahu bahawa para sahabat meminta Rasulullah untuk membacakan kepada
mereka al-Qur’an. Mereka akan mempelajari 10 ayat dan beramal dengannya.
Setelah beramal barulah mereka mempelajari ayat-ayat yang lain. Sehingga kami
mempelajari al-Qur’an dan mengamalkan secara keseluruhan."
(Hadith Riwayat Al-Hakim, sahih menurut Adz-Dzahabi dan Ahmad Syakir)
Al-Quran (القرآن)
itu sendiri mempunyai beberapa maksud yang tersirat;
* Membaca
* Menghafaz
* Memahami
* Mengamal
[Keempat-empat ini berasal dari Nabi Muhammad sallahu
'alaihi wasallam yang disampaikan oleh Jibril 'alaihissalam].
** Abu Abdul Rahman As-Sullamy merupakan seorang tabi'in (tabi'in:
ialah orang yang berjumpa atau berguru dengan sahabah Rasulullah sallahu
'alaihi wasallam).
-----------------------------
.كتب عمر - رضي
الله عنه - إلى أهل الكوفة: علموا نساءكم سورة النور
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab, beliau menulis kepada penduduk Bandar Kuffah memberi arahan kepada mereka dengan mengatakan: "Ajarlah Surah an-Nur kepada isteri-isteri dan kaum wanita kamu". [Tafsir Mubin, Jilid 4, m/s: 224]
Nur: cahaya [sekadar gambar hiasan]
Al-Quran resm 'Uthmani mempunyai 604 mukasurat, surah an-Nur berada di antara atau di tengah (middle) di dalamnya di mukasurat 350-359, dan bilangan surah yang ke 24 dari 114 surah.
Surah an-Nur diturunkan
selepas hijrah, surah ini termasuk dalam Surah Madaniyyah.
Surah Madaniyyah diturunkan yang berkaitan dengan hukum-hakam yang praktikal,
iaitu hukum yang berkaitan dengan urusan kekeluargaan yang merupakan batu
pertama yang dibina dalam pembinaan sebuah masyarakat yang lebih besar. Ia juga
membicarakan masalah panduan hidup dan budi pekerti, di samping memberi fokus
kepada masalah-masalah umum yang berkaitan dengan sosial masyarakat untuk
dijadikan bahan pendidikan bagi umat Islam seluruhnya, baik secara individu
atau sebuah masyarakat.
Antara lain dalam surah ini menerangkan:
* Adab meminta izin tuan rumah terlebih dahulu sebelum memasuki
rumah seseorang.
* Memelihara pandangan.
* menjaga kesucian anggota kelamin.
* Menjaga kesopanan dalam urusan pergaulan lelaki dengan wanita
yang bukan mahram.
* Dasar-dasar yang patut menjadi kaedah dalam kehidupan bagi
setiap keluarga dan rumahtangga setiap Muslim;
- sikap berhati-hati dan menutup aurat
- menjaga kehormatan diri
- sentiasa istiqamah dalam beribadah serta dalam menjalankan
syari'at Allah subhanahu wata'ala.
- melindungi keluarga Muslim daripada dicemari dari unsur-unsur
keretakan, kemelut moral dan segala yang berkaitan yang boleh menghancurkan
umat Islam dan negara.
* beberapa peraturan yang berkaitan dengan hudud; iaitu syari'at
yang telah diwajibkan dan ditetapkan oleh Allah subhanahu wata'ala.
iaitu:
- masalah perzinaan
- tuduhan berzina (qazaf) li'an.
Setiap hukum hudud yang disyari'atkan adalah
dengan tujuan untuk menjaga kesucian dan kehormatan masyarakat dari dinodai
oleh kerosakan dan kecelaruan, bercampur baur nasab dan keturunan, kemerosotan
akhlak, dengan matlamat mengawal umat Islam daripada dilanda unsur-unsur
kehancuran yang menyebabkan hilangnya susur galur keturunan serta
hancurnya maruah dan harga diri.
Dinamakan surah ini dengan An-Nur;
kerena di dalamnya terdapat banyak Nur Rabbani; iaitu:
- peraturan mengenai undang-undang dan adab
- ketinggian nilai kemanusiaan yang merupakan sedutan dan cebisan daripada Nur Allah subhanahu wata'ala dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya.
Ayat 1:
- peraturan mengenai undang-undang dan adab
- ketinggian nilai kemanusiaan yang merupakan sedutan dan cebisan daripada Nur Allah subhanahu wata'ala dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya.
Ayat 1:
سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا
وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Ertinya: "Ini ialah satu surah yang Kami turunkan, dan
Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan
yang nyata supaya kamu beringat".
سُورَةٌ : dari kalimah سور ; iaitu tembok
yang mengelilingi kota atau bangunan.
Makna istilah; سُورَةٌ adalah
sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai pendahuluan dan penutup.
Imam Ibn 'Athiyyah (Mufassir kitab tafsir المحرر والجيز) berkata: "Sekiranya kamu hendak menggantikan atau
menukarkan kalimah "سُورَةٌ" dengan
kalimah yang lain, nescaya kamu tidak akan mampu atau menjumpai kalimat yang
paling sesuai/ tepat".
Kenapa Allah meletakkan kalimah سُورَةٌ di awal surah an-Nur?
kerana untuk menunjukkan ketinggian surah ini, maka Allah memberi nama
atau perumpamaan dengan kalimat "سُورَةٌ".
Surah an-Nur merupakan sebagai pelindung kepada individu, keluarga dan
masyarakat daripada perkara-perkara yang merosakkan (maksiat).
أَنْزَلْنَاهَا : Kami turunkan; supaya
(manusia) dapat hidup dengan panduan hukum hakan yang jelas.
فَرَضْنَاهَا : Kami wajibkan,
berasal dari kalimat فرض: memotong sesuatu yang keras dan atau
memberi bekas kepadanya. Tetapi kalimat فرض di dalam ayat ini memberi maksud
mewajibkan, iaitu lebih banyak ditekankan kepada penetapan kepastian hukum
wajibnya sesuatu.
وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ : Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat
(tanda-tanda) yang jelas.
* Ayat-ayat
/tanda-tanda; terbahagi kepada dua:
1. Tanda-tanda tentang
kejadian atau kebesaran Allah yang dapat dilihat dengan mata. Seperti kejadian
tumbuh-tumbuhan, binatang; binatang yang berkaki empat, berkaki dua, binatang
yang melata dan sebagainya.
2. Ayat-ayat: ayat-ayat al-Quran.
لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ : supaya
kamu beringat. Agar manusia saling ingat mengingati;
istiqamah.
Menunjukkan bukan sahaja
saling mengingati, tetapi lebih kepada memahami dan mengamalkannya dengan
berterusan (istiqamah dalam menjalankan ibadah/ syari'at kepada Allah).
عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله رضي الله عنه قال :
قلت: يا رسول الله قل لي في الإسلام قولاً لا أسأل عنه أحداً غيرك, قال: قل آمنت بالله ثم استقم
(رواه مسلم)
Ertinya: "Katakanlah kamu beriman dengan Allah, dan
istiqamahlah (teguh pendirian/ berterusan dalam beramal)".
Dalam al-Quran juga dijelaskan; antaranya dalam surah al-Fatihah:
6:
اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Ertinya: "Tunjukkan kami jalan yang lurus".
dan surah Fussilat: 30:
.......إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang berkata:
"Tuhan kami adalah Allah", kemudian mereka meneguhkan pendirian
mereka.....".
Ayat 2:
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ
وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ
اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ
عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Ertinya: "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,
hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali
sebatan; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap
kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jikalau benar kamu beriman
kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan manusia yang beriman".
-----------------------------------
Rujukan:
- Al-Quranul kareem
- Tafsir At-Thabary
- Tafsir Ibn Kathir
- Tafsir Mubin**
- Tafsir al-Misbah
- Sahih Muslim
**Buku yang digunakan oleh Dr. Sofiah: Tafsir Mubin
insha Allah akan bersambung penerangan ayat ke 2...... ;-)
No comments:
Post a Comment