وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ
يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّى إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ
اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (39) أَوْ
كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ
فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ
يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ (40)
Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana
fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang
dahaga, tetapi apabila dia pergi ke arah air itu dia tidak menemui apa-apa pun.
Dan dia mendapati [ketetapan] Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya
perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat
perhitungan-Nya (39)
Atau seperti kegelapan di lautan yang dalam, yang diliputi
oleh ombak, yang di atasnya ombak [pula], di atasnya [lagi] awan; kegelapan di
atas kegelapan, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat
melihatnya, [dan] barangsiapa yang tiada diberi cahaya [petunjuk] oleh Allah
tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (40) [al-Nur 39 : 40]
Al-Imam Ibn Kathir berkata dalam Tafsir al-Quran al-Azhim:
Analogi 1: Tertipu Dengan Fatamorgana
Analogi pertama daripada dua analogi yang disebutkan
menyatakan: Golongan kuffar merupakan pendakwah kepada kekufuran mereka. Mereka
menyangka bahawa mereka benar di dalam amalan dan kepercayaan mereka.
Hakikatnya mereka tidak berada di atas kebenaran sedikit pun. Mereka itu umpama
fatamorgana yang dilihat di muka bumi dari jarak yang jauh, kelihatan umpama
lautan…[1]