Pengorbanan
Junjungan Besar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
Sayugia
kita menghayati kisah kehidupan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam untuk
menyuburkan cinta kepada Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam.
Baginda
sallallahu ‘alaihi wassalam melalui fasa kehidupan yang berbeza antara sebelum
dilantik menjadi nabi dan selepas mengajak kaumnya kepada Islam. Jika sebelum
dilantik menjadi utusan Allah, kaumnya memujinya, menyanjungnya,
mempercayainya, menyayanginya, semuanya berubah 180 darjah ketika mana nabi
sallallahu ‘alaihi wassalam memulakan dakwah kepada kaumnya.