Persoalan:
Adakah benar seseorang yang meninggal dunia
pada bulan Ramadhan akan terlepas dari seksaan dalam alam kubur?
Jawapan:
Tidak benar.
Azab kubur tidak ada kaitan bila orang itu
meninggal dunia. Exemption dari azab
kubur hanyalah berkaitan dgn amalan seseorang itu. Sekiranya baik
amalan seseorang itu, maka terlepaslah dia dari azab kubur tak kira samada ia
meninggal dunia di bulan ramadhan atau di bulan-bulan lain.
Dari Ibn Abbas R.A, suatu ketika Rasulullah sallallahu
‘alaihi wasallam melalui kawasan perkuburan Madinah dan Makkah, baginda telah
mendengar suara dua orang yang di azab di dalam kubur mereka. Baginda
sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “2 orang ini diazab bukan kerana dosa
besar.” Baginda berkata lagi: “Seorangnya diseksa kerana dulunya dia suka
membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak membersihkan dirinya dari
air kencingnya.” Kemudian baginda meminta pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi
dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang
satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: “Semoga pelepah ini boleh
meringankan seksanya, selagi ianya belum kering.” (Hadith Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya mati itu tidak diketahui bila.
Kita dianjurkan memperbanyak doa dan istighfar seperti yang dianjurkan dlm
hadith berikut:
Dari Aisyah (ia berkata) : Bahawa Rasulullah
S.A.W biasa berdo'a dengan do'a-doa ini : Allahumma ... (Ya Allah,
sesungguh-nya aku memohon perlindungan kepadaMu dari fitnah neraka dan azab
neraka, dan dari fitnah kubur dan azab kubur, dan dari kejahatan fitnah
(cobaan) kekayaan, dan dari kejahatan fitnah (cobaan) kefakiran ...."
(Sahih Riwayat Bukhari 7/159, 161. Muslim 8/75 dan ini lafadnya, Abu Dawud No.
1543, Ibnu Majah No. 3838, Ahmad 6/57, 207. Tirmidzi, Nasa'i, Hakim 1/541 dan
Baihaqi 7/12).
Dalam hadith-hadith ini, Rasulullah sallallahu
‘alaihi wasallam tidak minta dimatikan di bulan Ramadhan. Apa yang dipinta oleh
baginda sallallahu ‘alaihi wasallam ialah dijauhkan dari azab kubur. Azab kubur tidak mengenal bila kita meninggal tetapi ia
bersandarkan kepada amalan kita di dunia. Azab kubur tidak mengenali samada
dosa kecil atau dosa besar.
Dari Al-Barra’ bin `Azib R.A bahawasanya
Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila orang beriman berada di dalam quburnya, dan
kemudian para malaikat datang dan dia mengaku bahawa Tiada Tuhan melainkan
Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Dan ini sejajar dgn firman Allah: “Allah
menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh
dalam kehidupan dunia dan akhirat…” (Surah Ibrahim: ayat 27) [Hadith Sahih
Bukhari]
Wallahua’lam.
Sumber:
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-3130-z-meninggal-dunia-bulan-ramadhan
No comments:
Post a Comment