Thursday, July 18, 2013

Keputusan “Seminar Fekah Perubatan"; Bahan yang Membatalkan Puasa



Keputusan “Seminar Fekah Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.


Menurut Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum, dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.
Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.


  1. Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga.
  2. Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).
  3. Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).
  4. Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray.
  5. Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut. 
  6. Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah (seperti: glukos yang mengenyangkan).
  1. Penderma atau menerima pemindahan darah.
  2. Oksigen dan Gas Bius.
  3. Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat. 
  4. Mengambil sampel darah untuk ujian makmal. 
  5. Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain. 
  6. Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit. 
  7. Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut.
  8. Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya. (contoh; UICD- alat pencegah kehamilan dalam rahim) 
  9.  Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.

Pendapat majoriti juga menyatakan perkara berikut juga TIDAK MEMBATALKAN PUASA:

  1. Ubat titis hidung, semburan hidung (inhalers) dan ubat sedut.
  2. Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.
  3. Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan (berniat) untuk berpuasa pada malamnya.
  4. Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut.
  5. Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut.
Sumber:  
Kertas kerja Seminar Memburu Pintu Ar-Rayyan oleh Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman.

 http://www.youtube.com/watch?v=VQZllMn7pqw&feature=share&list=UUC5dd1EV5YRAKx2sDVlG85Q

No comments: