Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah
hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa.
Contohnya:
1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.
2. Menelan air liur membatalkan puasa.
3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.
4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.
5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.
Semua di atas dan pelbagai lagi yang seumpama adalah hukum yang
ditokok tambah ke dalam ibadah puasa sehingga benar-benar memberatkan
umat Islam. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis:( Fiqh al-Siyam (edisi
terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh
Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108)