Ikuti kupasan menarik isu-isu berikut:
·
Sejauhmana pengaruh wanita dalam kehidupan seorang lelaki?
· Adakah wanita wajib berpakaian
hitam? Bagaimana cara pakaian para isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam?
·
Siapakah Rubai’ binti Mu’awwis?
·
Adakah benar terdapat hadith yang
menyatakan bahawa:
“wanita terbaik adalah wanita yang menunggu suaminya ketika suami
pulang dari kerja sambil menyediakan air, rotan dan tamar. Jika sekiranya suami
mahu makan sila makan, mahu minum sila minum, mahu rotan dia sila rotan. Dia
inilah wanita yang masuk syurga terlebih dahulu daripada Fatimah kerana dia
yang memegang tali unta Fatimah.”
·
Hak Khuluk’ bagi wanita.
· Kezaliman dalam rumah tangga, adakah
benar hadith tiang arasy akan bergegar jika seorang isteri menuntut cerai dari
suaminya?
·
Apakah status dan makna sebenar hadith:
“Tidak akan berjaya satu kaum yang dipimpin oleh wanita”.
·
Benarkah wujud wanita yang bernama Zulaikha
dan Balqis dalam sejarah Islam?
· Benarkah terdapat riwayat lain yang
menyatakan umur Khadijah adalah 27 tahun ketika berkahwin dengan Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wasallam?
· Adakah wanita dibenarkan menjadi
hakim syariah? Bukankah Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu ‘anhuma sendiri
telah mengeluarkan banyak hukum-hakam apabila para sahabat meminta fatwa
daripada mereka?
·
Apakah makna sebenar ayat:
﴿الرِّجَالُ
قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ﴾
·
Benarkah hadith yang menyatakan
bahawa:
“seorang isteri yang menjilat seluruh darah dan nanah di badan
suaminya tidak akan mampu membalas jasa suami”?
No comments:
Post a Comment