قَالَتْ عَائِشَةُ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ سَفَرًا أَقْرَعَ بَيْنَ أَزْوَاجِهِ فَأَيُّهُنَّ
خَرَجَ سَهْمُهَا خَرَجَ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَعَهُ ,
'Aisyah radiallahu 'anha berkata:
Kebiasaannya, apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ingin bermusafir,
baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan mencabut undi antara isteri-isterinya.
Sesiapa yang undian itu jatuh kepadanya, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam akan keluar bermusafir bersamanya.
قَالَتْ عَائِشَةُ : فَأَقْرَعَ بَيْنَنَا فِي غَزْوَةٍ
غَزَاهَا فَخَرَجَ فِيهَا سَهْمِي , فَخَرَجْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ مَا أُنْزِلَ الْحِجَابُ فَكُنْتُ أُحْمَلُ فِي هَوْدَجِي
وَأُنْزَلُ فِيهِ ,
'Aisyah radiallahu 'anha berkata
lagi: Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam mencabut undi di antara kami untuk
untuk satu peperangan yang baginda sallallahu ‘alaihi wasallam sertai, dan
undian itu jatuh kepada ku. Maka aku pun keluar bermusafir bersama Rasulullah sallallahu
‘alaihi wasallam. Ia berlaku selepas pensyariatan hijab. Aku akan berada dalam
tandu (yang berada di atas unta) dan aku akan diturunkan dalam keadaan aku
masih berada di dalam tandu itu.
فَسِرْنَا حَتَّى إِذَا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ غَزْوَتِهِ تِلْكَ وَقَفَلَ دَنَوْنَا مِنْ الْمَدِينَةِ
قَافِلِينَ آذَنَ لَيْلَةً بِالرَّحِيلِ , فَقُمْتُ حِينَ آذَنُوا بِالرَّحِيلِ فَمَشَيْتُ
حَتَّى جَاوَزْتُ الْجَيْشَ , فَلَمَّا قَضَيْتُ شَأْنِي أَقْبَلْتُ إِلَى رَحْلِي
فَلَمَسْتُ صَدْرِي فَإِذَا عِقْدٌ لِي مِنْ جَزْعِ ظَفَارِ قَدِ انْقَطَعَ ,
Kami meneruskan perjalanan sehinggalah
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah selesai daripada urusan peperangan
dan pulang. Apabila kami telah menghampiri kawasan Madinah baginda sallallahu ‘alaihi
wasallam mengumumkan agar untuk berangkat pulang. Ketika pengumuman dibuat, aku
bangun dan berjalan jauh daripada pasukan tentera. Apabila aku telah selesai
membuang air, aku pun kembali kepada haiwan tunggangan aku. Aku menyentuh dada
aku dan mendapati kalung aku yang diperbuat daripada manik telah hilang.