Friday, October 25, 2013

Bolehkah Perempuan Mengamalkan Sunnah ?

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَالِ
”Sesungguhnya wanita adalah bahagian daripada lelali.”
[Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Taharah, hadis no : 113, salah seorang perawi bernama Abdullah bin Umar dinyatakan dhaif oleh Yahya bin Sa’id kerana hafazannya]

Ibnul Atsir (w. 606 H) menjelaskan tentang hadis ini:


أي نظائرهم وأمثالهم كأنهن شققن منهم ولأن حواء خلقت من آدم عليه الصلاة والسلام
“Maknanya wanita seperti lelaki, seolah para wanita sebahagian daripada lelaki. Ini kerana Hawa diciptakan daripada Adam ’alaihis shalatu was salam.” (Tuhfah al-Ahwadzi, 1/312).

Hadis ini menjadi kaedah bagi para ulama bahawa semua ajaran Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berlaku bagi lelaki dan wanita. Sunnah yang baginda tunjukkan, juga berlaku bagi wanita, sekalipun berbeza jantina. Ini kerana semua yang berlaku bagi lelaki, juga berlaku bagi wanita, kecuali jika ada dalil yang menjelaskan bahawa itu khusus bagi lelaki atau khusus bagi wanita.

Imam Al-Khatthabi (w. 388 H) menjelaskan:

وفيه من الفقه إثبات القياس وإلحاق حكم النظير بالنظير فإن الخطاب إذا ورد بلفظ المذكر كان خطابا للنساء إلا مواضع الخصوص التي قامت أدلة التخصيص فيها

Dalam hadis ini terdapat kefahaman, tentang kewujudan qiyas dan menyamakan hukum suatu keadaan dengan keadaan yang semisal. Ini kerana semua peraturan syariah yang ditujukan bagi lelaki, juga berlaku bagi wanita. Kecuali untuk peraturan khusus yang dijelaskan berdasarkan dalil yang mengkhususkan hal itu. (Aunul Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud, 1/275).

Demikian pula yang ditegaskan oleh Shaikh Ibnu Baz, tentang makna hadis ini:

والمعنى والله أعلم أنهن مثيلات الرجال إلا ما استثناه الشارع؛ كالإرث والشهادة وغيرهما مما جاءت به الأدلة

“Makna hadis, bahawa para wanita itu seperti lelaki, kecuali untuk peaturan yang dikhususkan oleh pembuat syariat, seperti masalah warisan, persaksian, atau peraturan lainnya yang dijelaskan oleh beberapa dalil. Allahu a’lam”

Sumber : http://www.konsultasisyariah.com/bagaimana-menerapkan-sunah-rasul-bagi-wanita/

No comments: