Penulis: Muhammad
Abduh Tuasikal
Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di rahimahullah menerangkan:
Inilah sifat pemuda yang tidak lalai dari
mengingati Allah. Kesibukan dunia mereka tidak membuat mereka berpaling daripada
ketaatan dan perintah Allah. Perniagaan dan jual beli pun tidak membuat mereka
jauh daripada Allah. Ketika ada panggilan solat, mereka pun memenuhi panggilan
tersebut. Dan lisan mereka tidaklah lepas daripada zikrullah.
Allah Ta’ala berfirman:
﴿رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ
تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ
الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ﴾
“Lelaki-lelaki yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati
Allah, dan (daripada) mendirikan solat, dan (daripada) membayarkan zakat, mereka
takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi
goncang.” (QS. An Nur: 37)
Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di rahimahullah menerangkan:
Dia adalah pemuda yang dunianya tidak membuatnya
jauh daripada Rabbnya. Sama sekali kesibukan perniagaan dan mencari nafkah tidaklah
mempengaruhinya. Tijarah (perniagaan) di sini mencakupi segala bentuk perdagangan untuk meraih upah.
Sedangkan bai’ (jual beli) adalah bentuk lebih khusus daripada
perniagaan kerana dalam perniagaan lebih banyak ditemukan transaksi jual beli.
Pujian pada pemuda di sini bagi mereka yang berdagang dan melakukan jual beli,
dan asalnya perbuatan tersebut tidaklah terlarang. Meskipun tidak terlarang,
akan tetapi hal-hal tadi tidaklah mempengaruhi mereka daripada mengingati Allah,
mendirikan solat dan menunaikan zakat. Bahkan mereka menjadikan ibadah dan
ketaatan pada Allah sebahagian tujuan hidup mereka. Jadi perdagangan tadi
tidaklah sama sekali menghalangi mereka menggapai redha Allah.
Namun hati kebanyakan orang adalah sangat
menaruh perhatian pada dunia. Mereka sangat mencintai penghidupan mereka. Dan
sangat sukar bagi mereka –pada umumnya- meninggalkan urusan dunia mereka. Bahkan mereka pun
bersusah payah hingga meninggalkan kewajiban pada Allah. Berbeza dengan yang
disebutkan dalam ayat ini, mereka begitu takut kepada suatu hari yang (pada hari
itu) hati dan penglihatan menjadi goncang. Kerana mengingati kegoncangan hari
kiamat tersebut, akhirnya mereka pun semakin mudah beramal dan meninggalkan hal
yang melalaikan mereka daripada Allah. (Taisir Al Karimir Rahman, 569)
Zikrullah
Zikrullah
Yang dimaksud dengan zikir pada Allah (zikrullah)
dalam ayat di atas, ada tiga pendapat:
- Solat lima waktu
- Mengerjakan hak Allah
- Zikir pada Allah dengan lisan.
Sedangkan yang dimaksud dengan mendirikan
solat adalah mengerjakan solat tepat pada waktunya dan menyempurnakannya. (Lihat Zaadul
Masiir, Ibnul Jauzi)
Sa’id bin Abul Hasan dan Adh Dhohak berkata:
لا
تلهيهم التجارة والبيع أن يأتوا الصلاة في وقتها
“Yang dimaksud ayat tersebut adalah perniagaan dan jual beli tidaklah membuat mereka lalai daripada mendirikan solat
tepat pada waktunya.”
Mathor Al Warroq berkata,
كانوا يبيعون ويشترون، ولكن كان
أحدهم إذا سمع النداء وميزانُه في يده خفضه، وأقبل إلى الصلاة.
“Yang dimaksudkan ayat tersebut adalah mereka
biasa melakukan jual beli. Akan tetapi jika mereka mendengar azan dan pada waktu itu
timbangan dagangan mereka berada di tangan mereka, maka mereka pun meninggalkannya.
Lalu mereka memenuhi panggilan solat.”
As Suddi mengatakan mengenai ayat tersebut,
عن الصلاة في جماعة
“Mereka tidak lalai daripada solat jama’ah” (Lihat
Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, 10: 252-253)
Dalam ayat disebutkan,
﴿تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ
وَالْأَبْصَارُ﴾
“Mereka takut kepada suatu
hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang”. Iaitu
hati mereka dalam keadaan khuatir apakah mereka akan selamat atau tidak.
Dan penglihatan mereka pun menjadi tidak terarah, melihat kiri dan kanan. (Tafsir Al
Jalalain).
Ayat di atas serupa dengan ayat,
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ
يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ﴾
“Hai orang-orang beriman,
janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah.
Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
(QS. Al Munafiqun: 9).
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ
اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ﴾
“Hai orang-orang beriman,
apabila diseru untuk menunaikan solat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada
mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik
bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. Al Jum’ah: 9)
Ganjaran Bagi Mereka yang Bersegera Menyahut Panggilan Allah 'Azza Wajalla
Ganjaran Bagi Mereka yang Bersegera Menyahut Panggilan Allah 'Azza Wajalla
Apa balasan Allah pada lelaki-lelaki yang mempunyai
sifat demikian?
﴿لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ
مَا عَمِلُوا وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ
بِغَيْرِ حِسَابٍ﴾
“(Meraka mengerjakan yang
demikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan)
yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah
kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang
dikehendaki-Nya tanpa batas.” (QS. An Nur: 38).
Jika disebut seseorang berinfak tanpa batas, maksudnya kerana terlalu banyaknya dia berinfak sehingga infak yang diberikan tidak dapat dihitung (Lihat Tafsir Al Jalalain).
Jika disebut seseorang berinfak tanpa batas, maksudnya kerana terlalu banyaknya dia berinfak sehingga infak yang diberikan tidak dapat dihitung (Lihat Tafsir Al Jalalain).
Ya Allah, jadikanlah kami
seperti yang disebutkan dalam ayat ini.Semoga perdagangan dan
kesibukan kami mencari nafkah tidak membuat kami lalai dari mengingat Allah,
solat pada waktunya dan kewajiban lainnya. Semoga lisan ini pun dimudahkan
untuk selalu sibuk dengan zikir mengingati Allah di waktu lapang dan
waktu sibuk. Wallahu waliyyut taufiq was
sadaad.
Sumber:
No comments:
Post a Comment