Monday, July 22, 2013

Jika Bukan Untuk-Mu, Untuk Siapa?


Acapkali kita mendengar keluhan sebahagian muslimah yang dirundung kesedihan ketika dirinya didatangi haidh.
Katanya beruntunglah para lelaki yang dapat beribadah di sepanjang malam di bulan Ramadhan ini.
Masakan tidak, si lelaki tidak mempunyai uzur yang mengharamkan mereka daripada beribadah, bersolat membaca al-Quran dan lain-lain.
Sedangkan bagi si wanita, datang sahaja haidh, maka berehatlah mereka daripada beribadah.

Dari satu segi ia menampakkan satu kecintaan untuk mendekatkan diri kepada Allah, akan tetapi dari satu segi ia seolah menunjukkan ada sedikit kerapuhan di dalam aqidah. 
Seolah-olah wujud keraguan kepada keadilan Allah.
Dari mana puncanya? Aku melihat bahawa ini berlaku apabila skop ibadah disempitkan. 
Skop mendekatkan diri kepada Allah dibataskan kepada solat sahaja.

Sunday, July 21, 2013

THE MAN WHO ENTERED JANNAH FIRST!


"Tips Berpuasa untuk Anak-anak"





Bagi anak-anak (yang belum baligh) tidak diperintahkan untuk berpuasa. Namun demikian orang tua sangat dianjurkan untuk mendorong anak-anak untuk mencoba berpuasa semampunya agar mereka terbiasa melakukannya ketika mereka tumbuh dewasa, dan mengetahui bahwa ibadah puasa Ramadhan merupakan salah satu kewajiban yang diperintahkan langsung Allah ta'ala melalui firman-Nya:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (Q.S Al Baqarah, 2:183)

Sementara itu, salah satu hadits yang mendukung agar anak-anak diajarkan untuk puasa Ramadhan diantaranya:

Thursday, July 18, 2013

Keputusan “Seminar Fekah Perubatan"; Bahan yang Membatalkan Puasa



Keputusan “Seminar Fekah Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.


Menurut Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum, dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.
Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

Wednesday, July 17, 2013

Meninggal dunia ketika Ramadhan akan terlepas dari seksa kubur?

Persoalan:

Adakah benar seseorang yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan akan terlepas dari seksaan dalam alam kubur?

Jawapan:

Tidak benar. 
Azab kubur tidak ada kaitan bila orang itu meninggal dunia. Exemption dari azab kubur hanyalah berkaitan dgn amalan seseorang itu. Sekiranya baik amalan seseorang itu, maka terlepaslah dia dari azab kubur tak kira samada ia meninggal dunia di bulan ramadhan atau di bulan-bulan lain.