Friday, November 1, 2013

Cara Shaikh Muqbil Mendidik Anak Perempuannya



Pernah membaca buku Nasehati lin Nisa? Buku yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judul Nasehatku bagi Para Wanita ini ditulis oleh seorang ulama wanita dari negeri Yaman yang bernama Ummu Abdillah Al-Wadi’iyah. Beliau hafizhahallah adalah puteri kepada ulama ahlul hadis masa kini, iaitu Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah.

Ummu Abdillah adalah seorang ulama wanita yang memiliki banyak kelebihan. Menurut Al-Ustadz Muhammad Barmim dalam biografi Syaikh Muqbil, Ummu Abdillah mengajar di madrasah nisa’ (khusus wanita) dan memiliki pelbagai penulisan ilmiah. Di antaranya:
·       Shahihul Musnad fis Syamail Muhammadiyah (tentang kesempurnaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, dicetak dalam dua jilid)
·         Jamius Shahih fi ilmi wa Fadhlihi (tentang keutamaan ilmu)
·         Tahqiq kitab As-Sunnah Ibnu Abi Ashim
·         Nasehati lin Nisa
·         dan sekarang beliau sedang menyiapkan Shahihul Musnad min Sirah Nabawiyah

Thursday, October 31, 2013

Wajibkah Kaum Wanita Menuntut Ilmu ?

Al-Imam Ibnu Jauzi ada mengarang sebuah kitab bertajuk Ahkam an-Nisa’.  Buku ini menghuraikan hukum-hakam yang berkaitan dengan wanita. Al-Imam Ibn al-Jauzi rahimahullah menuliskan sebuah bab yang bertajuk:

الباب الثالث في وجوبِ طلب العلْم على المرأة
Bab Ketiga: Kewajipan Menuntut Ilmu Untuk Wanita
Imam Ibn al-Jauzi menyatakan:

Wanita adalah insan yang diletakkan kewajipan atau tanggunjawab sebagaimana lelaki. Wajib ke atas seorang wanita untuk menuntut ilmu yang wajib untuk dirinya agar dia dapat menunaikan kewajipan dengan penuh keyakinan.

Monday, October 28, 2013

Lelaki Dapat Bidadari di Syurga, Wanita??


Pertanyaan:
Disebutkan bahawa kaum lelaki akan memperolehi bidadari di jannah (syurga), lalu bagi kaum wanitanya?

Jawapan:

Pertama : Jika para wanita dunia beriman dan beramal soleh maka mereka juga akan mendapatkan kenikmatan para bidadara sebagaimana ditunjukkan oleh keumuman ayat-ayat yang menegaskan bahawasanya bagi para penduduk syurga segala apa yang mereka inginkan dan hasratkan. Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman mengenai nikmat yang diperolehi penghuni syurga,
﴿وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ. نُزُلاً مِّنْ غَفُورٍ رَّحِيمٍ﴾
“Di dalamnya kamu memperolehi segala sesuatu yang kamu inginkan dan kamu pun memperolehi segala sesuatu yang kamu cinta. Sebagai hidangan (bagimu) daripada (Rabb) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Fushshilat: 31–32)

﴿وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ﴾
“Di dalam jannah itu terdapat segala apa yang diinginkan oleh hati dan sedap (dipandang) mata, dan kamu kekal di dalamnya.”(Qs. az-Zukhruf: 71)

Sudah maklum juga bahawa “zuwaj” (pasangan hidup) merupakan hal yang diinginkan oleh hati dan ini akan diperolehi oleh ahli syurga, baik yang lelaki mahupun wanita. Dan kenikmatan syurga bukanlah diciptakan dan disediakan oleh Allah hanya untuk para lelaki saja akan tetapi kepada seluruh orang-orang yang bertakwa baik dari kalangan lelaki maupun wanita. Allah berfirman: