Sunday, April 7, 2013

Bila lihat isteri berzina.



﴿وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنْفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ﴾
Dan orang-orang yang menuduh isterinya [berzina] sedangkan mereka tidak mempunyai saksi-saksi melainkan diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali dengan nama Allah (bahawa) sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. (6)

﴿وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ﴾
Dan yang kelima: bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia daripada kalangan orang-orang yang berdusta. (7)

﴿وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَنْ تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ﴾
Hukuman ke atas isterinya akan terangkat apabila si isteri itu bersaksi dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa suaminya daripada kalangan orang pendusta. (8)

﴿وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِنْ كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ﴾
dan yang kelima: bahawa kemurkaan Allah akan menimpanya jika suaminya daripada kalangan orang-orang yang benar. (9)

﴿وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ﴾
Jikalau bukan kerana kurniaan dan rahmat Nya ke atas dirimu dan (kerana) Allah itu Penerima Taubat lagi Maha Bijaksana, [nescaya kamu akan mengalami kesusahan]. (10)


Ringkasan Ayat:

Monday, April 1, 2013

Menuduh Orang Berzina



﴿وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَداً وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ. إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Ertinya: "Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina)  dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq". "Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah an-Nur: 4, 5)

Friday, March 29, 2013

Kisah Ma'iz dan Perempuan Al-Ghamidiyyah


Kenapa Allah mensyariatkan hukuman berbentuk sebatan? 

Seorang yang pernah berzina sebenarnya akan mengalami ketagihan untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu untuk memenuhi tuntutan nafsunya. Justeru itu Islam mensyariatkan hukuman hudud keatas penzina iaitu disebat dengan 100 kali sebatan untuk mendidik mereka.

Menurut kajian ahli sains; apabila pesalah disebat, tubuhnya akan menghasilkan sejenis hormon yang mana hormon itu sebenarnya berfungsi untuk menyeimbangkan semula ketagihan penzina ini untuk kembali berzina. Sebatan yang dikenakan dipermukaan kulit juga akan menghantar signal ke otak sehingga menyebabkan pesalah berfikir dan menginsafi perbuatan mereka itu.

Di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ada beberapa kes zina:

  1. Kes al-Ghamidiyyah.
  2. Kisah Maiz yang melakukan zina dan direjam oleh Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam.
  3. Kisah seorang lelaki yang belum berkahwin dan telah melakukan zina dengan isteri majikannya. Dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam meminta isteri itu direjam sampai mati, sementara lelaki bujang tersebut disebat sebanyak 100 kali.

Kisah Ma’iz bin Malik dan perempuan al-Ghamidiyyah radiallahu ‘anhuma:

Sunday, March 24, 2013

Bolehkah Berkahwin Dengan Penzina?


HUKUM BERKAHWIN DENGAN PENZINA


“Lelaki zina tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan atau dengan perempuan musyrik, dan perempuan zina tidak boleh menikah kecuali dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang mu’min” (an-Nur : 3)

Adakah sah perkahwinan dengan penzina?
Berdasarkan ayat 3 di dalam Surah an-Nur, ulama salaf telah berselisih pendapat dalam hal ini kepada dua pendapat:

  1. Diharamkan menikahi penzina, ia diriwayatkan daripada 'Ali, Al-Bara', 'Aisyah dan Ibn Mas'ud radhiallahu 'anhum ajma'in.
  2. Dibenarkan menikahi penzina. Ini diriwayatkan daripada Abu Bakar, 'Umar, Ibn 'Abbas, dan ini merupakan pendapat majoriti ulama'. Inilah jua pendapat ulama' mujtahid empat mazhab.