Kenapa Allah mensyariatkan hukuman berbentuk sebatan?
Seorang
yang pernah berzina sebenarnya akan mengalami ketagihan untuk mengulangi
perbuatan terkutuk itu untuk memenuhi tuntutan nafsunya. Justeru itu Islam
mensyariatkan hukuman hudud keatas penzina iaitu disebat dengan 100 kali
sebatan untuk mendidik mereka.
Menurut
kajian ahli sains; apabila pesalah disebat, tubuhnya akan menghasilkan sejenis
hormon yang mana hormon itu sebenarnya berfungsi untuk menyeimbangkan semula
ketagihan penzina ini untuk kembali berzina. Sebatan yang dikenakan dipermukaan
kulit juga akan menghantar signal ke otak sehingga menyebabkan
pesalah berfikir dan menginsafi perbuatan mereka itu.
Di
zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ada beberapa kes
zina:
- Kes al-Ghamidiyyah.
- Kisah Maiz yang melakukan zina
dan direjam oleh Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam.
- Kisah seorang lelaki yang belum
berkahwin dan telah melakukan zina dengan isteri majikannya.
Dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam meminta
isteri itu direjam sampai mati, sementara lelaki bujang tersebut disebat
sebanyak 100 kali.
Kisah
Ma’iz bin Malik dan perempuan al-Ghamidiyyah radiallahu ‘anhuma: