Maksud puasa itu milik AKU (Allah):
Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata:
إن الصيام سر بين العبد و ربه لا يطلع عليه غيره لأنه مركب
من نية باطنة لا يطلع عليها إلا الله و ترك لتناول الشهوات التي يستخفي
بتناولها في العادة …….
Puasa itu adalah rahsia antara seorang
hamba dengan tuhannya. Tiada seorang pun tahu yang dia berpuasa atau
tidak kerana ia bergantung kepada niat hatinya. Tiada yang mengetahui
kecuali Allah. Seorang hamba itu (apabila berpuasa) dia meninggalkan
kehendak nafsu syahwatnya yang mana kebiasaannya dia secara
sembunyi-sembunyi melakukannya.
فإن من ترك ما
تدعوه نفسه إليه لله عز و جل حيث لا يطلع عليه غير من أمره و نهاه دل على
صحة إيمانه و الله تعالى يحب من عباده أن يعاملوه سرا بينهم و بينه
Sesungguhnya
sesiapa yang meninggalkan kehendak nafsunya kerana Allah, bukan kerana
yang lain melainkan kerana suruhan dan larangan Allah. Ia menunjukkan
betapa murninya keimanan dia dan Allah cinta kepada hamba-hambaNya yang
bergaul denganNya secara rahsia antara mereka dan Allah.
و أهل محبته
يحبون أن يعاملوه سرا بينهم و بينه بحيث لا يطلع على معاملتهم إياه سواه
حتى كان بعضهم يود لو تمكن من عبادة لا تشعر بها الملائكة الحفظة
Orang
yang mencintai Allah suka agar hubungan cintanya berlaku secara rahsia
antara mereka dengan yang mana tiada seorang pun yang mengetahui tentang
hubungan mereka. Sehingga sebahagian mereka suka jika ibadah mereka
tidak diketahui oleh malaikat yang mencatat amalan.
[Lathoif al-Maarif]
No comments:
Post a Comment