Thursday, July 11, 2013

TAWARAN “HEBAT” BAGI MEREKA YANG BERPUASA



Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya :

1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :
Allah berfirman :
﴿وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35]
Allah berfirman:
﴿وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : ” Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ” [Al-Baqarah : 184]

2. Puasa mengawal syahawat :
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
«يا معشر الشباب! من استطاع منكم الباءة فليتزوج؛ فإنه أغض للبصر، وأحصن للفرج، ومن لم يستطع؛ فعليه بالصوم؛ فإنه له وجاء»
Maksudnya:“Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat) ” [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400]

3. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka :
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
«ما من عبد يصوم يوما في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك وجهه عن النار سبعين خريفا»
Maksudnya: ” Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya)  dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun ” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153]
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
«الصيام جنةٌ يسْتَجَنُّ بها العبد من النار»
Maksudnya: ” Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka “ [HR Ahmad : 15299, Lihat Shahih Attarghib : 970]

4. Puasa menjanjikan syurga :
Dari Abi Umamah, beliau berkata :
يا رسول الله ! دلني على عمل أدخل به الجنة ، قال صلى الله عليه وسلم: «عليك بالصوم ، لا مثل له»
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097]

Download E-Book Petunjuk Puasa Nabi oleh Ustaz Fathul Bari. http://www.mediafire.com/?2dgvbzgwntm

No comments: