Monday, July 29, 2013

Zakat Fitrah untuk Isteri yang Ditalak Raj’i

Pertanyaan:


Jika isteri ditalak satu oleh suaminya, apakah suami wajib membayarkan zakat fitrah isterinya tersebut?

P/s: Talak raj’i adalah talak yang dijatuhkan atas isteri yang telah disetubuhi, tanpa mengembalikan maharnya, dan tidak ada talak yang mendahului sebelumnya atau telah ada talak satu yang mendahului talak raj’i ini.


Jawapan:


Pertama:

Zakat fitrah wajib ditunaikan oleh setiap manusia dan untuk setiap orang yang ditanggung nafkahnya, seperti: isteri, anak, dan selain keduanya. Ad-Daruquthni dan Al-Baihaqi telah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhuma bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tunaikanlah sedekah fitrah atas orang-orang yang diamanahkan kepada kalian!” Akan tetapi, hadith tersebut dhaif; Ad-Daruquthni, Al-Baihaqi, An-Nawawi, Ibnu Hajar, dan selain mereka menilainya dhaif. Sila rujuk: Al-Majmu’, 6:113 dan Talkish Al-Habir, 2:771.

Ulama Al-Lajnah Ad-Daimah lil Ifta’ berpendapat: “Zakat Fitrah wajib ditunaikan oleh manusia untuk dirinya sendiri dan untuk diri setiap orang yang wajib dinafkahinya. Di antara mereka adalah isteri; kerana wajib dinafkahi.” (Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah lil Ifta’, 9:367)


Kedua:

Jika seorang wanita ditalak raj’i oleh suaminya maka berdasarkan hukum pernikahan, dia tetap berhak mendapat nafkah mahupun tempat tinggal, selama dia masih dalam masa ‘iddah. (Kewajiban membayarkan) zakat fitrah mengikuti (kewajiban membayarkan) nafkah. Oleh sebab itu, suami tetap wajib menafkahi isteri yang telah dia talak raj’i tersebut. Demikian pula, zakat fitrah isteri wajib dibayarkan oleh suami. An-Nawawi berkata dalam Al-Majmu’, 6:74, “Para ulama madzhab Syafi’iyah berkata, Zakat fitrah isteri yang ditalak raj’i wajib ditunaikan sebagaimana status nafkah baginya.”

Ibnu Yusuf Al-Muwaq dari kalangan ulama Mazhab Maliki berkata dalam At-Taj wa Al-Iklil, 3:265 “Seandainya dia menalak raj’i isteri yang telah dia setubuhi, dia wajib menafkahinya dan membayarkan zakat fitrahnya.”

Sebahagian ulama berpendapat bahwa suami tidak wajib membayarkan zakat fitrah isterinya, namun yang wajib membayarnya adalah isteri itu sendiri. Ini adalah pendapat mazhab Al-Imam Abu Hanifah rahimahullah. Pendapat ini pula yang dipilih oleh Syekh Ibnu ‘Utsaimin.

Hendaknya suami mengambil sikap hati-hati dan sikap yang paling menggugurkan tanggungjawab, iaitu dengan dia menunaikan zakat fitrah untuk isteri yang telah dia talak raj’i. Tambahan pula, zakat fitrah itu sesuatu yang mudah ditunaikan. Secara umum, tidak sulit bagi suami untuk membayarkannya. Wallahu a’lam.


Sumber:


No comments: