Definisi
I’tikaf:
Dari segi bahasa:
I’tikaf bermakna :berdiam di suatu tempat
untuk melakukan sesuatu pekerjaan; yang baik mahupun yang buruk dan tetap dalam
keadaan demikian.
Dari segi istilah:
I’tikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka
ibadah yang dilakukan oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara yang
tertentu dan pada waktu yang tertentu (Lihat Fathul Bari 4: 344)
Dalil-Dalil
Pensyariatan I’tikaf:
Dalil
al-Quran:
﴿وَلاَ
تُـبَاشِرُوْهُنَّ
وَأَنْـتُمْ
عَاكِفُونَ
فِي
الْمَسَاجِدِ﴾
“Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang
kamu beri`tikaf dalam masjid” (Al-Baqarah:187)
Dalil-dalil As-Sunnah:
Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau
berkata:
كَانَ
النَّبِىُّ
صلى
الله
عليه
وسلم
يَعْتَكِفُ
فِى
كُلِّ
رَمَضَانَ
عَشْرَةَ
أَيَّامٍ،
فَلَمَّا
كَانَ
الْعَامُ
الَّذِى
قُبِضَ
فِيهِ
اعْتَكَفَ
عِشْرِينَ
يَوْمًا
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa
beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya,
Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari”.[HR. al-Bukhari no. 2044 ]
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
أَنَّ
النَّبِىَّ
صلى
الله
عليه
وسلم
كَانَ
يَعْتَكِفُ
الْعَشْرَ
الأَوَاخِرَ
مِنْ
رَمَضَانَ
حَتَّى
تَوَفَّاهُ
اللَّهُ،
ثُمَّ
اعْتَكَفَ
أَزْوَاجُهُ
مِنْ
بَعْدِهِ
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf
pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya,
setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR.
al-Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172]
Hukum
I’tikaf
Al-Imam Ibn al-Munzir berkata: Para ulama’
telah bersepakat/ijma’ bahawa I’tikaf adalah sunat, dan bukan kewajipan kecuali
jika seseorang bernazar mewajibkan dirinya untuk melakukan I’tikaf [Al Mughni,
4/456 ]
Al-Imam Ibn Arabi al-Maliki dan Ibn Batthal
rahimahumallah menyatakan bahawa I’tikaf merupakan sunnah muakkadah/sunat
yang sangat dituntut kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tidak
pernah meninggalkannya.
Waktu
I’tikaf
I’tikaf boleh dilakukan pada bila-bila masa,
dan ia sangat ditekankan pada 10 hari akhir Ramadhan kerana Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wassalam sentiasa melakukannya.
Batasan
Waktu
Ulama’ bersepakat bahawa I’tikaf tidak
mempunyai had masa maksima, akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang minimum
waktu I’tikaf.
Majoriti ulama’ berpendapat bahawa tiada masa
minima untuk I’tikaf. I’tikaf sah walau hanya duduk seketika di dalam masjid.
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
“Adapun tentang minima tempoh I’tikaf, pendapat yang benar yang diputuskan oleh jumhur ulama’ ialah disyaratkan berada di dalam masjid, dan dibenarkan melakukannya dalam tempoh yang panjang mahupun pendek, hatta walau satu jam mahupun seketika” [al-Majmu’, 6/514]
“Adapun tentang minima tempoh I’tikaf, pendapat yang benar yang diputuskan oleh jumhur ulama’ ialah disyaratkan berada di dalam masjid, dan dibenarkan melakukannya dalam tempoh yang panjang mahupun pendek, hatta walau satu jam mahupun seketika” [al-Majmu’, 6/514]
Shaikh Ibn Bazz menyatakan bahawa Imam Ab
Hanifah dan sebahagian ulama’ Maliki berpendapat tempoh minima ialah satu hari.
[Majmu’ al-Fatawa 15/441]
Di
Manakah Lokasi I’tikaf?
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata,
“Para ulama bersepakat bahawa disyaratkan melakukan i’tikaf di masjid.”[Fathul
Bari, 4/271 ]
Ini berdalilkan ayat berikut ayat 187 surah al-Baqarah:
“….. Sedang kamu beri’tikaf dalam masjid”.
Para ulama’ berbeza pendapat apakah ia sah
dilakukan di semua masjid yang mendirikan solat lima waktu berjemaah, atau
hanya untuk masjid jami’/masjid yang dilakukan solat fardhu Jumaat.?
Imam Malik Rahimahullah berpendapat ia sah
dilakukan di mana-mana masjid yang didirikan solat fardhu lima waktu secara
berjemaah [di dalam istilah di Malaysia, dipanggil surau/musolla]
Al-Imam asy-Syafie Rahimahullah pula
mensyaratkan agar ia dilakukan di masjid jami’/masjid yang melakukan solat
fardhu Jumaat [Al Mughni, 4/462 ] agar orang tersebut tidak perlu ke tempat
lain untuk mendirikan solat Jumaat.
Bilakah
bermulanya waktu I’tikaf 10 akhir Ramadhan?
Pendapat pertama:
Masuk ke masjid sebelum masuk waktu Maghrib 20
Ramadhan. Ini merupakan pendapat jumhur empat mazhab.
Pendapat kedua:
Selepas Solat Subuh 21 Ramadhan. Ini merupakan
pendapat Al-ImamAl Auza’ie, Al-Laits dan At-Tsauri, Al Hafiz Ibn Hajar
al-Asqalani dan Al-Imam As-Son’ani Rahimahumullah. Mereka berdalilkan hadis
berikut:
كَانَ
رَسُولُ اللَّهِ
صلى الله
عليه وسلم
يَعْتَكِفُ فِى
كُلِّ رَمَضَانَ،
وَإِذَا صَلَّى
الْغَدَاةَ دَخَلَ
مَكَانَهُ الَّذِى
اعْتَكَفَ فِيهِ
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam biasa
beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesai solat Subuh, baginda masuk ke
tempat I’tikaf baginda. [HR. al-Bukhari no. 2041].
Untuk lebih berhati-hati dicadangkan agar
mengambil pendapat pertama agar tidak terlepas malam Lailatulqadar seandainya
ia berlaku pada malam 21 Ramadhan.
Ulama jua berbeza pendapat pada waktu bilakah
kita perlu keluar daripada masjid, pada Maghrib hari terakhir Ramadhan, atau
selepas solat Aidilfitri.
Bolehkah
wanita melakukan I’tikaf?
Ini berdasarkan dalil berikut: ‘Aisyah
radiallahu ‘anha berkata:
كَانَ
رَسُولُ
اللَّهِ
صلى
الله
عليه
وسلم
يَعْتَكِفُ
فِى
كُلِّ
رَمَضَانَ،
وَإِذَا
صَلَّى
الْغَدَاةَ
دَخَلَ
مَكَانَهُ
الَّذِى
اعْتَكَفَ
فِيهِ
– قَالَ
– فَاسْتَأْذَنَتْهُ
عَائِشَةُ
فَأَذِنَ
لَهَا
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam biasa
beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesai solat Subuh, baginda masuk ke
tempat I’tikaf baginda. Dia (Yahya bin Sa’id) berkata: Kemudian ‘Aisyah
radiallahu ‘anha meminta izin untuk beri’tikaf , maka baginda mengizinkannya. ”
[HR. al-Bukhari no. 2041]
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
أَنَّ
النَّبِىَّ صلى
الله عليه
وسلم كَانَ
يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ
الأَوَاخِرَ مِنْ
رَمَضَانَ حَتَّى
تَوَفَّاهُ اللَّهُ
، ثُمَّ
اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ
مِنْ بَعْدِهِ
“Nabi
sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari
Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda
isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR. Bukhari no. 2026 dan Muslim no.
1172]
Akan tetapi wanita tersebut hendaklah mendapat keizinan daripada suami, keadaan yang
aman daripada fitnah, serta tidak melakukan perkara yang melanggar syara’
seperti berwangi-wangian, berhias-hias dan sebagainya.
Teruskan membaca perkara-perkara yang
membatalkan I’tikaf, faedah-faedah I’tikaf, doa di malam al-Qadar di link berikut:
http://soaljawab.wordpress.com/2011/08/15/panduan-ringkas-itikaf/ dan http://www.islamqa.com/en/50025
http://soaljawab.wordpress.com/2011/08/15/panduan-ringkas-itikaf/ dan http://www.islamqa.com/en/50025
No comments:
Post a Comment