Mencukur bulu kening, menipiskannya, dengan tujuan mencantikkannya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar.Sabda Rasulullah SAW, "Allah melaknat wanita yang membuat tatu, meminta dibuat tatu, mencukur/menipiskan kening, mengasah gigi kerana untuk mencantikkannya, yang mengubah kejadian Allah". HR: Bukhari (no: 4604) dan Muslim (no: 2125).
Dikecualikan dalam keadaan darurat, seperti: kening terlalu tebal sehingga menghalang penglihatan. Kerana kaedah masyhur: 'Mudharat hendaklah dihilangkan'. Adapun, sekadar kening tebal ia bukan darurat kerana ia bukanlah suatu yang ganjil dalam kejadian manusia.
Quote:
Apabila dimaklumi menipiskannya adalah haram, maka anda tidak boleh
meninggalkan hukum ini kerana ia perintah suami. Kerana, tidak boleh
taat suami dalam perkara maksiat.Sabda Nabi "Tiada taat kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Khalik (Allah).
HR Tirmizi (no: 1707). Katanya: Hasan Sahih.saya cukur kerana perintah suami, bolehkah ustaz?
Alangkah pelik suami-suami hari ini yang menyuruh isteri-isteri mereka menipiskan kening, sedangkan para sahabat mahu menceraikan isteri sekiranya mereka mencukur kening kerana ia dosa besar.
Sebagaimana kisah Ibn Mas'ud yang menyebut laknat terhadap wanita yang mencukur kening. Lalu seorang perempuan mendakwa dia melihat isteri Ibn Mas'ud juga ada melakukannya (mencukur kening). Ibn Mas'ud lantas berkata; "Pergilah dan lihatlah dia", Wanita itupun pergi dan tidak mendapati isteri beliau mencukur kening. Ibn Mas'ud pun berkata: "Kalau dia melakukannya, maka aku tidak akan bersekedudukan dengannya". Lihat cerita ini dalam Sahih Muslim (no: 2125).
Wallahu A'lam.
Sumber: http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-12-0221-suami-suruh-sy-cukur-kening-sy-yg-tebalbolehke
No comments:
Post a Comment