Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat
27-29:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا
عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (27)
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang
bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang
demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu sentiasa mengambil peringatan. (27)
فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فِيهَا
أَحَدًا فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّى يُؤْذَنَ لَكُمْ وَإِنْ قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا
فَارْجِعُوا هُوَ أَزْكَى لَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ (28)
Jika kamu tidak menemui seorangpun di
dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika
dikatakan kepadamu: "Pulanglah", maka hendaklah kamu kembali. Itu
lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan. (28)
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَدْخُلُوا
بُيُوتًا غَيْرَ مَسْكُونَةٍ فِيهَا مَتَاعٌ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا
تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ (29(
Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak berpenghuni, yang
di dalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan
apa yang kamu sembunyikan. (29)
Ayat-ayat di atas menerangkan tentang
adab yang perlu dilakukan apabila datang ke rumah seseorang. Kita hendaklah
meminta izin dan memberi salam kepada penghuni rumah. Seandainya tuan rumah
enggan mengizinkan kita masuk atau tidak menyahut salam kita, hendaklah kita
pulang.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : كُنْتُ فِي
مَجْلِسٍ مِنْ مَجَالِسِ الأَنْصَارِ إِذْ جَاءَ أَبُو مُوسَى كَأَنَّهُ مَذْعُورٌ
فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ عَلَى عُمَرَ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي فَرَجَعْتُ فَقَالَ
مَا مَنَعَكَ قُلْتُ اسْتَأْذَنْتُ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي فَرَجَعْتُ وَقَالَ
رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِذَا اسْتَأْذَنَ أَحَدُكُمْ ثَلاَثًا فَلَمْ
يُؤْذَنْ لَهُ فَلْيَرْجِعْ فَقَالَ وَاللَّهِ لَتُقِيمَنَّ عَلَيْهِ بِبَيِّنَةٍ أَمِنْكُمْ
أَحَدٌ سَمِعَهُ مِنَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ أُبَىُّ بْنُ كَعْبٍ وَاللَّهِ
لاَ يَقُومُ مَعَكَ إِلاَّ أَصْغَرُ الْقَوْمِ فَكُنْتُ أَصْغَرَ الْقَوْمِ فَقُمْتُ
مَعَهُ فَأَخْبَرْتُ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ذَلِكَ.
Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu
berkata: Aku berada dalam satu majlis bersama orang-orang Ansar apabila
tiba-tiba Abu Musa radiallahu ‘anhu datang dalam keadaan seolah-olah ketakutan.
Abu Musa radiallahu ‘anhu berkata: Aku telah meminta izin kepada Umar (untuk
memasuki rumahnya) sebanyak tiga kali, tetapi beliau tidak mengizinkannya, jadi
aku pun pulang. Lalu Umar telah bertanya : Apa yang menghalang engkau (daripada
masuk ke dalam rumah aku)? Aku pun menjawab: Aku telah meminta izin sebanyak
tiga kali, dan dia tidak mengizinkan aku, maka aku pun pulang.
Kemudian Abu
Musa pun menyebutkan hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Apabila
kalian telah meminta izin sebanyak tiga kali, tetapi tidak jua diberikan
keizinan. Maka pulanglah. Lalu Umar berkata: Demi Allah! Engkau hendaklah
membawakan saksi yang mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata
sedemikian rupa. Ubay bin Ka’ab radiallahu ‘anhu pun berkata: Yang akan menjadi
saksi untuk engkau ialah yang paling muda di kalangan kami. Abu Sa’id al-Khudri
berkata bahawa dia adalah yang paling muda di kalangan orang Ansar ketika itu,
lalu aku pun pergi bersama Abu Musa (untuk menemui Umar). Aku pun memberitahu
Umar bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata sedemikian rupa. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Isti’zan,
hadis no : 6245]
Selain daripada meminta izin, antara adab
lain apabila datang ke rumah orang ialah dengan tidak berdiri di hadapan pintu
rumahnya. Ini berdasarkan hadis nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ ، قَالَ : "
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَى بَابَ
قَوْمٍ لَمْ يَسْتَقْبِلِ الْبَابَ مِنْ تِلْقَاءِ وَجْهِهِ ، وَلَكِنْ مِنْ
رُكْنِهِ الْأَيْمَنِ أَوِ الْأَيْسَرِ وَيَقُولُ : السَّلَامُ عَلَيْكُمُ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَذَلِكَ أَنَّ الدُّورَ لَمْ يَكُنْ عَلَيْهَا يَوْمَئِذٍ
سُتُورٌ "
‘Abdullah bin Busr radiallahu ‘anhu
berkata: Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sampai di pintu rumah
seseorang, baginda tidak akan berdiri menghadap pintu tersebut, sebaliknya
baginda akan berdiri di sisi kanan atau kiri pintu sambil mengucap
‘Assalamualaikum, Assalamualaikum’. Ini kerana ketika itu tiada langsir di
pintu rumah. [Sunan
Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no: 4514, Shaikh al-Albani mensahihkannya]
Selain daripada itu, tetamu hendaklah
memperkenalkan diri apabila diminta oleh tuan rumah.
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ، قَالَ سَمِعْتُ
جَابِرًا ـ رضى الله عنه ـ يَقُولُ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فِي
دَيْنٍ كَانَ عَلَى أَبِي فَدَقَقْتُ الْبَابَ فَقَالَ " مَنْ ذَا
". فَقُلْتُ أَنَا. فَقَالَ " أَنَا أَنَا ".
كَأَنَّهُ كَرِهَهَا.
Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Aku
datang bertemu Rasulullah sallallahu
‘alaihi wasallam atas urusan hutang ayah ku. Aku pun mengetuk pintu rumah
baginda. Baginda pun bertanya: Siapa itu? Aku menjawab: Saya. Baginda menjawab:
Saya? Saya? Seolah-olah baginda tidak suka dengan jawapan tersebut [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Isti’zan,
hadis no : 6250]
Ayat ke 29 pula merupakan pengkhususan
kepada ayat 27 dan 28. Ia menunjukkan bahawa dibenarkan untuk masuk ke
mana-mana rumah atau premis umum yang dibina untuk orang ramai seperti
pondok-pondok berehat di tempat rehat di lebuh raya dan sebagainya.
Ayat ini muncul selepas diceritakan hukum
zina, dan fitnah yang menimpa Aisyah radiallahu ‘anha. Ditunjukkan bagaimana
Aisyah radiallahu ‘anha yang difitnah berzina dengan Safwan sedangkan mereka
bukanlah berdua-duaan di dalam satu rumah pun. Apatah lagi fitnah yang akan
berlaku jika seseorang memasuki rumah orang lain tanpa kebenaran, sudah pasti
ia akan menimbulkan fitnah yang besar sama ada kepada tuan rumah mahupun orang
yang memasuk rumah tersebut.
[diringkaskan daripada Tafsir al-Quran al-‘Azhim dan Rawai’
al-Bayan]
No comments:
Post a Comment