حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ
عِمْرَانَ أَبِي بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ
لِي ابْنُ عَبَّاسٍ: أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ
فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ
دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي
أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ أَخْبَرَنَا مَخْلَدٌ عَنْ
ابْنِ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ أَنَّهُ رَأَى أُمَّ زُفَرَ تِلْكَ امْرَأَةً
طَوِيلَةً سَوْدَاءَ عَلَى سِتْرِ الْكَعْبَةِ
‘Atha’ bin Abu
Rabah berkata: Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata kepada: Mahukah engkau jika
aku tunjukkan seorang wanita daripada kalangan penghuni syurga. Aku menjawab: Sudah
pasti ! Ibn ‘Abbas berkata: Inilah perempuan kulit hitam yang datang berjumpa
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu dia berkata kepada baginda:
Sesungguhnya aku menghidapi penyakit sawan (lalu apabila sawan ku datang),
aurat aku akan terbuka. Doalah kepada Allah untuk diri ku.
Baginda sallallahu ‘alaihi
wasallam menjawab: Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar, dan untuk engkau
syurga. Jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau. Allah akan menyembuhkan
engkau. Wanita itu berkata: Aku akan bersabar, tetapi aku sering terbuka aurat
(bila penyakit sawan datang). Berdoalah kepada Allah agar aurat aku tidak akan
terbuka. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mendoakan beliau.
Atho’ bin Abu
Rabih memberitahu Ibn Juraih bahawa dia melihat Ummu Zufar (wanita di atas)
yang tinggi lampai dan berkulit gelap di sisi Kaabah.
[Sahih al-Bukhari, (كتاب المرضى) Kitab Pesakit, (باب فَضْلِ مَنْ يُصْرَعُ مِنَ الرِّيحِ) Bab Kelebihan Orang Menghidap Penyakit
Sawan, hadis no : 5220]
Siapakah
wanita kulit hitam penghuni syurga ini?
Al-Hafiz
Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah menyebutkan dalam Fathul Bari bahawa nama
wanita ini adalah Su’airah al-Asadiyyah (سعيرة الأسدية).[1]
Beliau merupakan tukang sikat kepada isteri baginda, Khadijah bte Khuwailid
radiallahu ‘anha.[2]
Kisah
Ummu Zufar yang ringkas ini wajar menjadi teladan kepada Muslimah khususnya. Siapakah
di antara kita yang berdoa agar dia menjadi muslimah solehah? Ya, ramai
daripada kita berdoa untuk diberikan kebaikan dunia dan akhirat, dijadikan anak
yang soleh/solehah, dimurahkan rezeki, diberikan suami yang soleh, tetapi
adakah siapa di antara kita pernah meminta doa sebagaimana yang diminta oleh
Ummu Zufar?
Dia
sedar auratnya terbuka ketika diserang penyakit sawan, tetapi dia mahukan syurga,
tetapi dia juga mahu maruahnya terjaga.
Bagaimana
pula dengan keadaan kaum Muslimah kini, khususnya di Malaysia. Adakah masih
wujud alasan untuk membuka aurat sedangkan wanita kulit hitam penghuni syurga
ini pun masih berusaha menjaga auratnya walau ketika diserang penyakit sawan.
Wahai
saudari ku,
Kita
semua insan yang tidak sempurna. Berdoalah agar kita menjadi insan yang
solehah, berdoalah agar aurat kita tertutup sentiasa, berdoalah agar kita
menjadi insan yang bermaruah sebagaimana bermaruahnya Su’airah al-Asadiyyah !
Rujukan:
[1] قوله : ( هذه المرأة السوداء ) في رواية
جعفر المستغفري في " كتاب الصحابة " وأخرجه أبو موسى في " الذيل
" من طريقه ثم من رواية عطاء الخراساني عن عطاء بن أبي رباح في هذا الحديث
" فأراني حبشية صفراء عظيمة فقال : هذه سعيرة الأسدية " .
[2] ووقع في رواية ابن منده بقاف بدل العين
، وفي أخرى للمستغفري بالكاف ، وذكر ابن سعد وعبد الغني في " المبهمات "
من طريق الزبير أن هذه المرأة هي ماشطة خديجة التي كانت تتعاهد النبي - صلى الله عليه
وسلم - بالزيارة كما سيأتي ذكرها في كتاب الأدب إن شاء الله - تعالى -
No comments:
Post a Comment