Friday, November 8, 2013
Thursday, November 7, 2013
How The Prophet Turned to Allah in Hardship
Pengorbanan
Junjungan Besar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
Sayugia
kita menghayati kisah kehidupan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam untuk
menyuburkan cinta kepada Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam.
Baginda
sallallahu ‘alaihi wassalam melalui fasa kehidupan yang berbeza antara sebelum
dilantik menjadi nabi dan selepas mengajak kaumnya kepada Islam. Jika sebelum
dilantik menjadi utusan Allah, kaumnya memujinya, menyanjungnya,
mempercayainya, menyayanginya, semuanya berubah 180 darjah ketika mana nabi
sallallahu ‘alaihi wassalam memulakan dakwah kepada kaumnya.
Tuesday, November 5, 2013
Cahaya di atas Cahaya
Di dalam pelajaran yang lepas dari Surah An-Nur ini, Al-Quran memperkatakan tentang galakan untuk berkahwin dan mengahwinkan mereka yang merdeka tidak kira lelaki mahupun perempuan yang masih tidak mempunyai pasangan, begitu juga hamba-hamba yang baik dan bertaqwa berserta dengan jaminan dari Allah bahawa Dia akan memberikan rezeki kepada mereka. Seterusnya dijelaskan pula galakan untuk membebaskan hamba dan larangan untuk menjadikan mereka pelacur. Di akhir ayat ini diiringi dengan satu ulasan yang menjelaskan sifat Al-Quran yang sesuai dengan topic pembicaraannya dan suasananya:
﴿وَلَقَدْ
أَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ آيَاتٍ مُبَيِّنَاتٍ وَمَثَلًا مِنَ الَّذِينَ خَلَوْا
مِنْ قَبْلِكُمْ وَمَوْعِظَةً لِلْمُتَّقِينَ﴾
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat
yang memberikan penerangan yang jelas dan contoh dan contoh teladan dari
umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu serta nasihat pengajaran kepada para
Muttaqin”.
Friday, November 1, 2013
Cara Shaikh Muqbil Mendidik Anak Perempuannya
Pernah membaca buku Nasehati lin Nisa? Buku yang
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judul Nasehatku
bagi Para Wanita ini ditulis oleh seorang ulama wanita dari negeri
Yaman yang bernama Ummu Abdillah Al-Wadi’iyah. Beliau hafizhahallah adalah
puteri kepada ulama ahlul hadis masa kini, iaitu Asy-Syaikh Muqbil bin
Hadi Al-Wadi’i rahimahullah.
Ummu
Abdillah adalah seorang ulama wanita yang memiliki banyak kelebihan. Menurut
Al-Ustadz Muhammad Barmim dalam biografi Syaikh Muqbil, Ummu Abdillah mengajar
di madrasah nisa’ (khusus wanita) dan memiliki pelbagai penulisan
ilmiah. Di antaranya:
· Shahihul Musnad fis Syamail Muhammadiyah (tentang kesempurnaan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, dicetak dalam dua jilid)
·
Jamius Shahih fi ilmi wa Fadhlihi (tentang keutamaan ilmu)
·
Tahqiq kitab As-Sunnah Ibnu Abi Ashim
·
Nasehati lin Nisa
·
dan sekarang beliau sedang menyiapkan Shahihul Musnad
min Sirah Nabawiyah
Thursday, October 31, 2013
Wajibkah Kaum Wanita Menuntut Ilmu ?
Al-Imam Ibnu
Jauzi ada mengarang sebuah kitab bertajuk Ahkam an-Nisa’. Buku ini menghuraikan hukum-hakam yang
berkaitan dengan wanita. Al-Imam Ibn al-Jauzi rahimahullah menuliskan sebuah
bab yang bertajuk:
الباب الثالث في وجوبِ طلب العلْم على
المرأة
Bab
Ketiga: Kewajipan Menuntut Ilmu Untuk Wanita
Imam Ibn al-Jauzi menyatakan:
Wanita adalah insan yang diletakkan kewajipan atau
tanggunjawab sebagaimana lelaki. Wajib ke atas seorang wanita untuk menuntut
ilmu yang wajib untuk dirinya agar dia dapat menunaikan kewajipan dengan penuh
keyakinan.
Subscribe to:
Comments (Atom)


