Friday, December 6, 2013

Di manakah Dirimu Wahai Muslimah

"Wahai saudari Muslimahku, dalam hidup ini,
untuk berjuang atas nama agama,
tidak semudah diucapkan di hujung bibir
dan untuk menegakkan manhaj yang benar
bukan semudah melagukan nyanyian di telinga manusia.

Namun, kesusahan dan kepayahan ini tidak bermakna kita perlu meninggalkan dakwah. 
Kita terlalu banyak mengadu dan merintih
tentang itu yang tidak dipuashati
tentang ini yang tidak disukai

Jangan hanya sibuk dengan memikirkan tentang kekasih hati
Jangan hanya sibuk dengan mengimpikan pakaian dan aksesori
Jangan hanya sibuk dengan artis di kaca TV
Jangan hanya sibuk dengan meluah perasaan di FB
Mana al-Quran dan mana kitab hadismu?
Mana kitab dan bahan bacaan mu?

Thursday, December 5, 2013

Tertipu Dek Fatamorgana...



وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّى إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (39) أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ (40)

Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi apabila dia pergi ke arah air itu dia tidak menemui apa-apa pun. Dan dia mendapati [ketetapan] Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya (39)

Atau seperti kegelapan di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak [pula], di atasnya [lagi] awan; kegelapan di atas kegelapan, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, [dan] barangsiapa yang tiada diberi cahaya [petunjuk] oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (40) [al-Nur 39 : 40]

Al-Imam Ibn Kathir berkata dalam Tafsir al-Quran al-Azhim:

Analogi 1: Tertipu Dengan Fatamorgana
Analogi pertama daripada dua analogi yang disebutkan menyatakan: Golongan kuffar merupakan pendakwah kepada kekufuran mereka. Mereka menyangka bahawa mereka benar di dalam amalan dan kepercayaan mereka. Hakikatnya mereka tidak berada di atas kebenaran sedikit pun. Mereka itu umpama fatamorgana yang dilihat di muka bumi dari jarak yang jauh, kelihatan umpama lautan…[1]

Friday, November 29, 2013

Hadith Wasiat untuk Pengantin?


Soalan:


Saya mahu tanya tentang kesahihan hadis ini:
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah berkata pada menantunya Ali r.a: “Wahai Ali, apabila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka suruh tanggalkan kasutnya ketika dia duduk & membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengeluarkan 70 jenis kefakiran dari rumah kamu dan Allah menurunkan 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga keberkatan itu meratai penjuru rumahmu & pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan, dan sopak selama mana dia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada makan & minum 4 jenis makanan ini: susu, cuka, ketumbar, & epal masam

Saidina AlI bertanya: Kenapa?

Friday, November 22, 2013

Ciri-ciri Mu'min Proaktif

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Inilah sifat pemuda yang tidak lalai dari mengingati Allah. Kesibukan dunia mereka tidak membuat mereka berpaling daripada ketaatan dan perintah Allah. Perniagaan dan jual beli pun tidak membuat mereka jauh daripada Allah. Ketika ada panggilan solat, mereka pun memenuhi panggilan tersebut. Dan lisan mereka tidaklah lepas daripada zikrullah.

Allah Ta’ala berfirman:
﴿رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ
Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan (daripada) mendirikan solat, dan (daripada) membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (QS. An Nur: 37)

Thursday, November 21, 2013

Status Hadith 9/10 Rezeki


HADITH POPULAR: ADA YANG SAHIH, ADA YANG TIDAK
 
Hadith ini adalah di antara hadith yang popular dan sering digunakan oleh sebahagian masyarakat kita terutama dalam bidang perniagaan. Seperti yang telah kita sedia maklum - atau belum -, kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith tidak hanya diukur dengan popularitinya semata. Memang ada hadith yang sahih dan popular, tetapi dalam masa yang sama juga terdapat hadith-hadith dhaif malah palsu tetapi ia popular dan sering digunakan di mana-mana.
 
Apabila kita mengetahui hakikat bahawa populariti tidak menjamin kesahihan, (kaedah ini juga diakui dalam kajian lain) maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidiki kesahihan sesuatu hadith dan tidak hanya bergantung kepada kemasyhuran atau popularitinya sahaja.

Maka dari manakah asal datangnya hadith ini? Di antara disiplin dalam menyebutkan hadith -sebagaimana diketahui dalam kajian hadith- ialah menyatakan sumber atau asal sesebuah hadith. Ia membantu dalam proses seterusnya iaitu menilai sama ada ia sahih atau tidak.

SUMBER ASAL HADITH '9/10 REZEKI'