Wednesday, May 22, 2013

Kemuliaan dan Keutamaan Aisyah r.a.



Beliau adalah Ummul Mukminin Ummu Abdillah Aisyah binti Abu Bakr, Shiddiqah binti Shiddiqul Akbar, isteri tercinta Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau lahir empat tahun setelah diangkatnya Muhammad menjadi seorang Nabi. Ibu beliau bernama Ummu Ruman binti Amir bin Uwaimir bin Abdi Syams bin Kinanah yang meninggal dunia pada waktu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup iaitu pada tahun ke-6 H.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menikahi Aisyah dua tahun sebelum hijrah melalui sebuah ikatan suci yang mengukuhkan gelaran Aisyah menjadi Ummul Mukminin, tatkala itu Aisyah masih berumur enam tahun. Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membangun rumah tangga dengannya setelah berhijrah, tepatnya pada bulan Syawwal tahun ke-2 Hijriah dan ia sudah berumur sembilan tahun.
Aisyah menceritakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menikahiku selepas meninggalnya Khadijah ketika aku masih berumur enam tahun, dan aku dipertemukan dengan Baginda tatkala aku berumur sembilan tahun. Para wanita datang kepadaku padahal aku sedang asyik bermain buaian dan rambutku terurai panjang, lalu mereka menghiasiku dan mempertemukan aku dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.” (Lihat Sunan Abu Dawud: 9435).

Wednesday, April 24, 2013

Air Mata Aisyah :(




قَالَتْ عَائِشَةُ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ سَفَرًا أَقْرَعَ بَيْنَ أَزْوَاجِهِ فَأَيُّهُنَّ خَرَجَ سَهْمُهَا خَرَجَ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَهُ ,
'Aisyah radiallahu 'anha berkata: Kebiasaannya, apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ingin bermusafir, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan mencabut undi antara isteri-isterinya. Sesiapa yang undian itu jatuh kepadanya, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam akan keluar bermusafir bersamanya.

قَالَتْ عَائِشَةُ : فَأَقْرَعَ بَيْنَنَا فِي غَزْوَةٍ غَزَاهَا فَخَرَجَ فِيهَا سَهْمِي , فَخَرَجْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ مَا أُنْزِلَ الْحِجَابُ فَكُنْتُ أُحْمَلُ فِي هَوْدَجِي وَأُنْزَلُ فِيهِ ,
'Aisyah radiallahu 'anha berkata lagi: Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam mencabut undi di antara kami untuk untuk satu peperangan yang baginda sallallahu ‘alaihi wasallam sertai, dan undian itu jatuh kepada ku. Maka aku pun keluar bermusafir bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Ia berlaku selepas pensyariatan hijab. Aku akan berada dalam tandu (yang berada di atas unta) dan aku akan diturunkan dalam keadaan aku masih berada di dalam tandu itu.

فَسِرْنَا حَتَّى إِذَا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ غَزْوَتِهِ تِلْكَ وَقَفَلَ دَنَوْنَا مِنْ الْمَدِينَةِ قَافِلِينَ آذَنَ لَيْلَةً بِالرَّحِيلِ , فَقُمْتُ حِينَ آذَنُوا بِالرَّحِيلِ فَمَشَيْتُ حَتَّى جَاوَزْتُ الْجَيْشَ , فَلَمَّا قَضَيْتُ شَأْنِي أَقْبَلْتُ إِلَى رَحْلِي فَلَمَسْتُ صَدْرِي فَإِذَا عِقْدٌ لِي مِنْ جَزْعِ ظَفَارِ قَدِ انْقَطَعَ ,
Kami meneruskan perjalanan sehinggalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah selesai daripada urusan peperangan dan pulang. Apabila kami telah menghampiri kawasan Madinah baginda sallallahu ‘alaihi wasallam mengumumkan agar untuk berangkat pulang. Ketika pengumuman dibuat, aku bangun dan berjalan jauh daripada pasukan tentera. Apabila aku telah selesai membuang air, aku pun kembali kepada haiwan tunggangan aku. Aku menyentuh dada aku dan mendapati kalung aku yang diperbuat daripada manik telah hilang.

Sunday, April 7, 2013

Bila lihat isteri berzina.



﴿وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنْفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ﴾
Dan orang-orang yang menuduh isterinya [berzina] sedangkan mereka tidak mempunyai saksi-saksi melainkan diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali dengan nama Allah (bahawa) sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. (6)

﴿وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ﴾
Dan yang kelima: bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia daripada kalangan orang-orang yang berdusta. (7)

﴿وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَنْ تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ﴾
Hukuman ke atas isterinya akan terangkat apabila si isteri itu bersaksi dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa suaminya daripada kalangan orang pendusta. (8)

﴿وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِنْ كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ﴾
dan yang kelima: bahawa kemurkaan Allah akan menimpanya jika suaminya daripada kalangan orang-orang yang benar. (9)

﴿وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ﴾
Jikalau bukan kerana kurniaan dan rahmat Nya ke atas dirimu dan (kerana) Allah itu Penerima Taubat lagi Maha Bijaksana, [nescaya kamu akan mengalami kesusahan]. (10)


Ringkasan Ayat: