Thursday, November 21, 2013

Status Hadith 9/10 Rezeki


HADITH POPULAR: ADA YANG SAHIH, ADA YANG TIDAK
 
Hadith ini adalah di antara hadith yang popular dan sering digunakan oleh sebahagian masyarakat kita terutama dalam bidang perniagaan. Seperti yang telah kita sedia maklum - atau belum -, kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith tidak hanya diukur dengan popularitinya semata. Memang ada hadith yang sahih dan popular, tetapi dalam masa yang sama juga terdapat hadith-hadith dhaif malah palsu tetapi ia popular dan sering digunakan di mana-mana.
 
Apabila kita mengetahui hakikat bahawa populariti tidak menjamin kesahihan, (kaedah ini juga diakui dalam kajian lain) maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidiki kesahihan sesuatu hadith dan tidak hanya bergantung kepada kemasyhuran atau popularitinya sahaja.

Maka dari manakah asal datangnya hadith ini? Di antara disiplin dalam menyebutkan hadith -sebagaimana diketahui dalam kajian hadith- ialah menyatakan sumber atau asal sesebuah hadith. Ia membantu dalam proses seterusnya iaitu menilai sama ada ia sahih atau tidak.

SUMBER ASAL HADITH '9/10 REZEKI'

Friday, November 15, 2013

Hanya Kerana Kau Wanita......

 

 

Ikuti kupasan menarik isu-isu berikut:


·         Sejauhmana pengaruh wanita dalam kehidupan seorang lelaki?
·      Adakah wanita wajib berpakaian hitam? Bagaimana cara pakaian para isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam?
·         Siapakah Rubai’ binti Mu’awwis?
·         Adakah benar terdapat hadith yang menyatakan bahawa:
“wanita terbaik adalah wanita yang menunggu suaminya ketika suami pulang dari kerja sambil menyediakan air, rotan dan tamar. Jika sekiranya suami mahu makan sila makan, mahu minum sila minum, mahu rotan dia sila rotan. Dia inilah wanita yang masuk syurga terlebih dahulu daripada Fatimah kerana dia yang memegang tali unta Fatimah.”
·         Hak Khuluk’ bagi wanita.

Monday, November 11, 2013

Khitan Wanita, Perlukah??

Musim cuti sekolah bakal tiba. Selain dari merancang aktiviti berfaedah untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah nanti, ada ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk mengkhatankan anak-anak lelaki mereka samada ia dibuat secara tradisional atau menggunakan kaedah moden. Namun adakah berkhatan hanya disyariatkan untuk lelaki sahaja? Sekiranya kaum perempuan juga diperintahkan untuk berkhatan, bagaimana kaedah yang bertepatan dengan syara’ dalam melaksanakannya?

Pembahasan khitan bagi wanita memang menjadi polemik. Ada yang pro, namun tidak sedikit pula yang kontra. Bagaimana sebenarnya kedudukan khitan wanita dalam pandangan Islam dan  juga tinjauan perubatan?

Khitan bagi Wanita Termasuk Syariat Islam 
Para ulama berbeza pandangan tentang hukum khitan bagi wanita. Sebahagian mengatakan khitan bagi wanita hukumnya wajib, sebahagian lagi mengatakan hukumnya sunnah (dianjurkan).