Monday, September 9, 2013

Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak Perempuannya?



Ada beberapa buah buku yang disebarkan dengan agak meluas dalam masyarakat memuatkan kisah Sayyidina Umar r.a kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dengan menanamnya hidup-hidup, seperti buku Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), ms. 50-51. Terdapat juga dua artikel yang disiarkan di dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998), dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama ILHAM (Harakah, 30 Nov. 1998). Kedua-duanya memuatkan cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.

Jika cerita yang seperti itu disiarkan oleh musuh Islam tentu sekali tidak ada maksud lain lagi bagi mereka selain untuk memburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a sebagai sahabat karib Rasulullah (s.a.w) dan khalifah agung umat Islam.

Cerita yang seperti ini jika disebarkan oleh kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pada pandangan penulis ada dua kemungkinan yang mendorong mereka menyebarkannya. Pertama, kerana jahil dan kedua adalah kerana menganggap kisah ini berlaku sewaktu Sayyidina Umar r.a berada di zaman jahiliah.

Sunday, September 8, 2013

Cabut bulu kening VS Taat suami



Mencukur bulu kening, menipiskannya, dengan tujuan mencantikkannya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar.Sabda Rasulullah SAW, "Allah melaknat wanita yang membuat tatu, meminta dibuat tatu, mencukur/menipiskan kening, mengasah gigi kerana untuk mencantikkannya, yang mengubah kejadian Allah". HR: Bukhari (no: 4604) dan Muslim (no: 2125).

Dikecualikan dalam keadaan darurat, seperti: kening terlalu tebal sehingga menghalang penglihatan. Kerana kaedah masyhur: 'Mudharat hendaklah dihilangkan'. Adapun, sekadar kening tebal ia bukan darurat kerana ia bukanlah suatu yang ganjil dalam kejadian manusia.
Quote:
saya cukur kerana perintah suami, bolehkah ustaz?
Apabila dimaklumi menipiskannya adalah haram, maka anda tidak boleh meninggalkan hukum ini kerana ia perintah suami. Kerana, tidak boleh taat suami dalam perkara maksiat.Sabda Nabi "Tiada taat kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Khalik (Allah). HR Tirmizi (no: 1707). Katanya: Hasan Sahih.

Alangkah pelik suami-suami hari ini yang menyuruh isteri-isteri mereka menipiskan kening, sedangkan para sahabat mahu menceraikan isteri sekiranya mereka mencukur kening kerana ia dosa besar.
Sebagaimana kisah Ibn Mas'ud yang menyebut laknat terhadap wanita yang mencukur kening. Lalu seorang perempuan mendakwa dia melihat isteri Ibn Mas'ud juga ada melakukannya (mencukur kening). Ibn Mas'ud lantas berkata; "Pergilah dan lihatlah dia", Wanita itupun pergi dan tidak mendapati isteri beliau mencukur kening. Ibn Mas'ud pun berkata: "Kalau dia melakukannya, maka aku tidak akan bersekedudukan dengannya".  Lihat cerita ini dalam Sahih Muslim (no: 2125).

Wallahu A'lam.

Sumber: http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-12-0221-suami-suruh-sy-cukur-kening-sy-yg-tebalbolehke

Saturday, September 7, 2013

Benarkah Hindun Memamah Hati Hamzah??


Maulana Muhammad Asri Yusoff.

Sebuah kisah yang boleh dikatakan sentiasa ada di dalam buku sirah ialah kisah Hindun memamah, mengunyah atau memakan hati Sayyidina Hamzah semasa atau selepas peperangan Uhud.

Kisah ini adalah ciptaan dan rekaan Ibnu Ishaq. Dialah orang yang mula-mula sekali yang mengemukakan kisah tersebut, kemudian ianya disebarkan oleh at-Thabari. Ringkasnya Ibnu Ishaqlah merupakan satu-satunya paksi dalam meriwayatkan kisah ini.

Tuesday, September 3, 2013

Dua Gender Bekerja Bersama Demi Dakwah?


Bro. Suhaib Webb

Soalan:
Perhubungan antara lelaki dan perempuan merupakan satu persoalan yang biasa timbul di kampus. Apakah garis panduan dan batasan dalam interaksi antara bukan mahram di kampus?

Jawapan:


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang

Persoalan berkaitan interaksi antara dua gender di kampus merupakan salah satu isu yang penting. Malangnya, dalam kebanyakan kes, ia dikendalikan dalam dua bentuk yang ekstrem. Saya teringat satu ketika saya melawat MSA, lalu saya temui bahawa MSA telah ditutup kerana pada mesyuarat yang pertama, seorang lelaki telah bangun dan menuding jari kepada muslimah sambil berkata: “Kenapa mereka di sini? Kamu (muslimah) tak dibenarkan berada di sini!”. Dalam masa yang sama, saya juga pernah mendengar sebahagian ahli MSA mengadakan mesyuarat di Starbuck! Sambil menikmati keenakan versi terbaru frappuccino, Fatima dan Zaid duduk bersama tanpa rasa hormat kepada apa yang tertulis dalam wahyu dan prinsip yang digariskan oleh Islam. Insya-Allah, menjadi harapan kami menjawab soalan ini melalui sudut pandang aktivis Islam dan dakwah dengan menggunakan beberapa ayat al-Quran yang penting berkaitan isu ini.

Sunday, September 1, 2013

Kenapa Hijab Dimusuhi



Serangan ke atas pemakaian menutup aurat bukanlah sesuatu yang baru. Rentetan sejarah umat Islam menunjukkan bagaimana ia sangat-sangat di musuhi oleh golongan kuffar. Hijab hanya sejenis pakaian yang Allah tuntut kepada wanita beriman. Tetapi ‘fesyen’ itu menimbulkan kegerunan dan kecemburuan mereka yang memusuhi Islam, sama ada di kalangan yang jelas kafirnya, mahupun mereka yang masih menggunakan nama Islam di dalam kad pengenalan mereka.